Wednesday, October 22, 2008

Terserempak dengan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub

Salam pagi buta komrad sekalian..
Tadi selepas menonton Revolusi '48 (memang terbaik Fahmi..tak sabar aku nak tgk full-version film ni!!)di Annexe Central market..aku dan member aku rasa nak layan teh serai wangi kat bau-bau cafe...tiba di cafe kami pon ternampak dengan hishamuddin rais...aku pon jadi malu-malu kucing sebab hisham ni hero aku dan pengaruh besar kepada aku dalam penulisan blog aku yang memang tak sampai setahun jagung..
tapi bila aku nampak hisham cam nak blah aku pon terus bangun dan hulurkan tangan untuk bersalam...lalu aku berkata "excuse me hisham...I just want to shake your hand" sambil aku berkata demikian ekspresi wajah aku macam tok jib kalau jumpa ziana zain...lalu hisham pon berkata "oh,ok..hisham...kau ada baca blog aku tak?"...aku pon menjawab "ye"..sebelum aku sempat cakap yang aku memang on blog dia 24 jam...hisham pon ternampak kenalan dia dan terus menegur brader tu...lepas tu dia blah...
itulah kisah aku berjumpa ngan hishamuddin rais..tapi memang tak sangka ar dia akan tanya aku pasal blog dia..haha..oklah...sekian..wassalam..

*blog hishamuddin rais @ tukar tiub