Thursday, June 3, 2010

Wayang Ip-Man dan revolusi mental masyarakat tionghua

Setelah hanya melihat wayang Ip-Man yang pertama melalui dvd, aku bertekad untuk menonton Ip-Man 2 di panggung wayang. Tekad ini menjadi kenyataan baru-baru ini dan aku sangat berpuas-hati. filem-filem Ip-Man bukanlah satu filem aksi kung-fu yang tipikal...menekankan senibela-diri sebagai senibudaya dan warisan sesuatu kaum adalah aspek utama yang membezakan filem ini dari filem-filem aksi senibela-diri yang lain.

Aku menyedari wujud lagi satu paparan tersirat dalam filem Ip-Man & Ip-Man 2..dan ini telah menyebabkan aku lebih kagum dengan filem-filem Ip-Man..Aku tidak tahu sama ada pembikin filem-filem Ip-Man ini sedar bahawa mereka telah memaparkan revolusi mental masyarakat tionghua..

Di awal filem (Ip Man 1)..Ip Man dipaparkan sebagai seorang hartawan yang berbudi-pekerti..walaupun boleh dikatakan Ip Man merupakan penggila seni kung-fu, dia tidak berminat untuk mengambil anak murid apatah lagi membuka sekolah kung-fu nya sendiri..Pekan Foshan digambarkan sebagai sebuah pekan yang mewah dipenuhi peniaga-peniaga dan usahawan..rakan-rakan penggila kung-fu seperti Ip-Man juga terdiri dari kalangan peniaga dan usahawan..Dikala ini masyarakat tionghua dipaparkan mementingkan kesopanan dan budi pekerti. Kerana ini Ip-Man disanjung tinggi di pekan Foshan..bukan saja kung-fu nya terulung, budi-pekertinya juga tinggi.

Semua ini berubah di pertengahan filem (Ip Man 1) pabila Jepun sampai ke Foshan dan merampas harta-benda penduduk..Lantas menyebabkan penduduk pekan Foshan jatuh miskin..Pada filem Ip Man 2 pula watak Ip-Man mula berubah..Ip Man telah berhijrah ke Hong Kong..Ip Man yang dahulu seorang hartawan kini tidak lagi berharta..Untuk menyara hidup beliau ingin membuka sekolah kung-fu. Secara bersahaja Ip-Man mendahulukan pembayaran yuran dari upacara minum teh (upacara menandakan permulaan perguruan seseorang)..Ini kerana dia harus membayar sewa rumah yang sudah tertangguh sekelian lama..Akan tetapi Ip-Man dari dahulunya bukanlah seorang yang  mementingkan upacara yang lebih kearah menunjukkan gah..

Ip-Man menghadapi kesukaran untuk mengajar kung-fu di hong-kong kerana dibelenggu oleh peraturan-peraturan yang tidak masuk akal..sekolah-sekolah kung-fu di hong-kong pula diuruskan seakan-akan kumpulan kongsi gelap..kung-fu bukan lagi dilihat sebagai warisan senibudaya tetapi punca rezeki dan periuk nasi...aku berpendapat dari kesukaran hidup terbitnya sifat kiasu. Jika tidak tahu apa itu kiasu sila ke sini.

Persoalan yang aku mahu timbulkan disini, adakah manusia akan lupakan budi-pekerti,budaya dan warisan pabila dihimpit kesusahan? adakah nilai-nilai murni hanya diamalkan pabila kita hidup dalam keadaan yang selesa? Ip Man sememangnya seorang lelaki yang ulung..dikala dihimpit kesusahan dia maseh berpegang-teguh kepada nilai-nilai murni seperti diwaktu beliau bergelar seorang hartawan.. Pegangangnya bahawa kung-fu merupakan seni warisan budaya dan bukannya wadah untuk seseorang menunjukkan kekuatan juga maseh utuh...Dikala Ip-Man dikelilingi dengan manusia bersifat kiasu, dia maseh unggul..

Sifat kiasu terbit dari kesusahan hidup..Ip Man bukanlah lagi seorang "anak tempatan"...dia kini telah berhijrah ke hong kong...dia seorang "pendatang"..membincangkan sifat kiasu di kalangan rakyat malaysia..sifat ini dikatakan menebal dikalangan pendatang awal dari masyarakat tionghua kerana kesukaran hidup terutama sekali pabila mereka menjejakkan kaki ke tanah melayu sebagai "buruh terikat" atau lebih dikenali sebagai ku li .

Ini tidak bermaksud sifat kiasu itu ekslusif untuk kaum tionghua sahaja..sifat kiasu tidak mengenal kaum!! kebelakangan ini kita lihat orang malaysia makin kiasu..terutama sekali dikalangan mereka yang duduk di Kuala Lumpur...kenapakah ini berlaku?? adakah kerna hiruk-pikuk ibukota?? adakah ini hasil dari "pembangunan" dan "kemodenan"...aku berpendapat ini disebabkan faktor "hijrah"..

Ibukota merupakan tempat utama penghijrahan dari segenap pelusuk negara...apabila seseorang itu berhijrah ke ibukota, survival menjadi fokus utama..perkara lain diketepikan..disini munculnya sifat kiasu...yang menjadi lucu sifat kiasu ini hilang serta merta pabila perantau ini pulang ke kampung halaman..Ini mungkin kerana di bandar itu wang menjadi ukuran...di kampung bukan wang yang dipandang tinggi.

Aku mahu ulang sekali lagi, sifat kiasu tidak mengenal kaum..sifat kiasu ini hanya tiada pada mereka yang berpegang teguh pada ajaran agama dan berbudi-pekerti...janganlah kita terikut-ikut arus "permodenan" kapitalis yang telah mewujudkan sifat kiasu ini..