Monday, May 10, 2010

PDRM

Pagi Sabtu yang lalu berlaku lagi satu insiden "remaja ditembak polis" di Negeri Sembilan...Selepas insiden kematian adik Aminulrasyid Amzah pihak PDRM makin diperhatikan rakyat...Pelbagai ulasan dan spekulasi yang ditulis mengenai insiden kematian adik Aminulrasyid Amzah..Rasanya tidak perlu lagi ditambah... Apa yang perlu diperhatikan secara teliti sekarang adalah sikap Ketua Polis Negara yang seakan-akan tidak boleh menerima kritikan dan teguran lebih-lebih lagi selepas insiden kematian adik Aminulrasyid.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya." (baca kenyataan penuh disini) Inilah kenyataan dari KPN yang tidak dapat menerima kritikan dari orang ramai lebih-lebih lagi selepas insiden kematian adik Aminulrasyid...Tidak cukup dengan itu KPN seakan-akan mengungut untuk sedia "sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat."

Dalam hal ini KPN bersikap sungguh tidak professional sekali...Bagi aku inilah sikap seorang KPN yang berkhidmat untuk pemerintah bukan untuk rakyat...KPN nampaknya terlupa bahawa PDRM itu "digajikan" oleh rakyat...jadi majikan PDRM itu adalah seramai lebih kurang 30 juta orang!!..Sememangnya PDRM memang tidak akan memuaskan hati semua rakyat Malaysia tetapi sekurang-kurangnya KPN harus bersikap terbuka dan berjiwa besar...Lebih mengusarkan jika sikap angkuh KPN ini menjadi ikutan anggota dan pegawai Polis yang lain..

KPN harus meminta maaf diatas kenyataan dan sikap angkuh beliau...jika berkeras, lebih baik rasanya jika beliau meletakkan jawatan..wakil dari pihak oposisi juga telah memberi tempoh kepada KPN selama sebulan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara...

Kritikan keras aku terhadap sikap angkuh KPN ini tidak dapat diterima oleh semua pihak...Lebih-lebih lagi seorang sahabat yang juga merupakan seorang Inspektor Polis...Beliau berpendapat pihak yang mengkritik KPN dan PDRM sebagai "berlagak pandai"..Beliau juga seakan-akan "merajuk" (mungkin terikut-ikut dgn KPN ar ni..) setiap kali tindakan KPN dan pihak Polis dipersoalkan...Aku dapat rasakan bahawa sahabat aku ni terasa dengan kritikan keras aku terhadap KPN...lebih-lebih lagi kerana aku melabelkan kenyataan KPN diatas sebagai kenyataan yang "bangang"...Mungkin dia menganggap kritikan aku ini ditujukan kepada semua anggota PDRM, walaupun sebenarnya tidak...Aku sangat menghargai usaha baik pihak Polis...aku juga berpendapat rakyat jelata dan pihak Polis harus bekerjasama bagi memastikan negara aman sentosa..

Sabtu yang lepas kita hampir digegarkan lagi dengan peristiwa "tembak"...Jika tidak kerana tindakan tepat dan pantas oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh, mungkin kembali membara insiden kematian adik Aminulrasyid..Tindakan pantas Datuk Osman Salleh menggantung tugas  anggota polis berkenaan secara serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam telah meredakan keadaan..Beliau juga berkata, "saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa." 

Inilah contoh sikap Pegawai Polis yang professional dan berjiwa besar...Syabas Datuk Osman Salleh!! KPN harus bersikap sebegini...Aku harap sikap dan tindakan Datuk Osman Salleh dapat dicontohi dan diteladani oleh semua anggota PDRM.