Thursday, June 3, 2010

Wayang Ip-Man dan revolusi mental masyarakat tionghua

Setelah hanya melihat wayang Ip-Man yang pertama melalui dvd, aku bertekad untuk menonton Ip-Man 2 di panggung wayang. Tekad ini menjadi kenyataan baru-baru ini dan aku sangat berpuas-hati. filem-filem Ip-Man bukanlah satu filem aksi kung-fu yang tipikal...menekankan senibela-diri sebagai senibudaya dan warisan sesuatu kaum adalah aspek utama yang membezakan filem ini dari filem-filem aksi senibela-diri yang lain.

Aku menyedari wujud lagi satu paparan tersirat dalam filem Ip-Man & Ip-Man 2..dan ini telah menyebabkan aku lebih kagum dengan filem-filem Ip-Man..Aku tidak tahu sama ada pembikin filem-filem Ip-Man ini sedar bahawa mereka telah memaparkan revolusi mental masyarakat tionghua..

Di awal filem (Ip Man 1)..Ip Man dipaparkan sebagai seorang hartawan yang berbudi-pekerti..walaupun boleh dikatakan Ip Man merupakan penggila seni kung-fu, dia tidak berminat untuk mengambil anak murid apatah lagi membuka sekolah kung-fu nya sendiri..Pekan Foshan digambarkan sebagai sebuah pekan yang mewah dipenuhi peniaga-peniaga dan usahawan..rakan-rakan penggila kung-fu seperti Ip-Man juga terdiri dari kalangan peniaga dan usahawan..Dikala ini masyarakat tionghua dipaparkan mementingkan kesopanan dan budi pekerti. Kerana ini Ip-Man disanjung tinggi di pekan Foshan..bukan saja kung-fu nya terulung, budi-pekertinya juga tinggi.

Semua ini berubah di pertengahan filem (Ip Man 1) pabila Jepun sampai ke Foshan dan merampas harta-benda penduduk..Lantas menyebabkan penduduk pekan Foshan jatuh miskin..Pada filem Ip Man 2 pula watak Ip-Man mula berubah..Ip Man telah berhijrah ke Hong Kong..Ip Man yang dahulu seorang hartawan kini tidak lagi berharta..Untuk menyara hidup beliau ingin membuka sekolah kung-fu. Secara bersahaja Ip-Man mendahulukan pembayaran yuran dari upacara minum teh (upacara menandakan permulaan perguruan seseorang)..Ini kerana dia harus membayar sewa rumah yang sudah tertangguh sekelian lama..Akan tetapi Ip-Man dari dahulunya bukanlah seorang yang  mementingkan upacara yang lebih kearah menunjukkan gah..

Ip-Man menghadapi kesukaran untuk mengajar kung-fu di hong-kong kerana dibelenggu oleh peraturan-peraturan yang tidak masuk akal..sekolah-sekolah kung-fu di hong-kong pula diuruskan seakan-akan kumpulan kongsi gelap..kung-fu bukan lagi dilihat sebagai warisan senibudaya tetapi punca rezeki dan periuk nasi...aku berpendapat dari kesukaran hidup terbitnya sifat kiasu. Jika tidak tahu apa itu kiasu sila ke sini.

Persoalan yang aku mahu timbulkan disini, adakah manusia akan lupakan budi-pekerti,budaya dan warisan pabila dihimpit kesusahan? adakah nilai-nilai murni hanya diamalkan pabila kita hidup dalam keadaan yang selesa? Ip Man sememangnya seorang lelaki yang ulung..dikala dihimpit kesusahan dia maseh berpegang-teguh kepada nilai-nilai murni seperti diwaktu beliau bergelar seorang hartawan.. Pegangangnya bahawa kung-fu merupakan seni warisan budaya dan bukannya wadah untuk seseorang menunjukkan kekuatan juga maseh utuh...Dikala Ip-Man dikelilingi dengan manusia bersifat kiasu, dia maseh unggul..

Sifat kiasu terbit dari kesusahan hidup..Ip Man bukanlah lagi seorang "anak tempatan"...dia kini telah berhijrah ke hong kong...dia seorang "pendatang"..membincangkan sifat kiasu di kalangan rakyat malaysia..sifat ini dikatakan menebal dikalangan pendatang awal dari masyarakat tionghua kerana kesukaran hidup terutama sekali pabila mereka menjejakkan kaki ke tanah melayu sebagai "buruh terikat" atau lebih dikenali sebagai ku li .

Ini tidak bermaksud sifat kiasu itu ekslusif untuk kaum tionghua sahaja..sifat kiasu tidak mengenal kaum!! kebelakangan ini kita lihat orang malaysia makin kiasu..terutama sekali dikalangan mereka yang duduk di Kuala Lumpur...kenapakah ini berlaku?? adakah kerna hiruk-pikuk ibukota?? adakah ini hasil dari "pembangunan" dan "kemodenan"...aku berpendapat ini disebabkan faktor "hijrah"..

Ibukota merupakan tempat utama penghijrahan dari segenap pelusuk negara...apabila seseorang itu berhijrah ke ibukota, survival menjadi fokus utama..perkara lain diketepikan..disini munculnya sifat kiasu...yang menjadi lucu sifat kiasu ini hilang serta merta pabila perantau ini pulang ke kampung halaman..Ini mungkin kerana di bandar itu wang menjadi ukuran...di kampung bukan wang yang dipandang tinggi.

Aku mahu ulang sekali lagi, sifat kiasu tidak mengenal kaum..sifat kiasu ini hanya tiada pada mereka yang berpegang teguh pada ajaran agama dan berbudi-pekerti...janganlah kita terikut-ikut arus "permodenan" kapitalis yang telah mewujudkan sifat kiasu ini..

Monday, May 10, 2010

PDRM

Pagi Sabtu yang lalu berlaku lagi satu insiden "remaja ditembak polis" di Negeri Sembilan...Selepas insiden kematian adik Aminulrasyid Amzah pihak PDRM makin diperhatikan rakyat...Pelbagai ulasan dan spekulasi yang ditulis mengenai insiden kematian adik Aminulrasyid Amzah..Rasanya tidak perlu lagi ditambah... Apa yang perlu diperhatikan secara teliti sekarang adalah sikap Ketua Polis Negara yang seakan-akan tidak boleh menerima kritikan dan teguran lebih-lebih lagi selepas insiden kematian adik Aminulrasyid.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya." (baca kenyataan penuh disini) Inilah kenyataan dari KPN yang tidak dapat menerima kritikan dari orang ramai lebih-lebih lagi selepas insiden kematian adik Aminulrasyid...Tidak cukup dengan itu KPN seakan-akan mengungut untuk sedia "sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat."

Dalam hal ini KPN bersikap sungguh tidak professional sekali...Bagi aku inilah sikap seorang KPN yang berkhidmat untuk pemerintah bukan untuk rakyat...KPN nampaknya terlupa bahawa PDRM itu "digajikan" oleh rakyat...jadi majikan PDRM itu adalah seramai lebih kurang 30 juta orang!!..Sememangnya PDRM memang tidak akan memuaskan hati semua rakyat Malaysia tetapi sekurang-kurangnya KPN harus bersikap terbuka dan berjiwa besar...Lebih mengusarkan jika sikap angkuh KPN ini menjadi ikutan anggota dan pegawai Polis yang lain..

KPN harus meminta maaf diatas kenyataan dan sikap angkuh beliau...jika berkeras, lebih baik rasanya jika beliau meletakkan jawatan..wakil dari pihak oposisi juga telah memberi tempoh kepada KPN selama sebulan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara...

Kritikan keras aku terhadap sikap angkuh KPN ini tidak dapat diterima oleh semua pihak...Lebih-lebih lagi seorang sahabat yang juga merupakan seorang Inspektor Polis...Beliau berpendapat pihak yang mengkritik KPN dan PDRM sebagai "berlagak pandai"..Beliau juga seakan-akan "merajuk" (mungkin terikut-ikut dgn KPN ar ni..) setiap kali tindakan KPN dan pihak Polis dipersoalkan...Aku dapat rasakan bahawa sahabat aku ni terasa dengan kritikan keras aku terhadap KPN...lebih-lebih lagi kerana aku melabelkan kenyataan KPN diatas sebagai kenyataan yang "bangang"...Mungkin dia menganggap kritikan aku ini ditujukan kepada semua anggota PDRM, walaupun sebenarnya tidak...Aku sangat menghargai usaha baik pihak Polis...aku juga berpendapat rakyat jelata dan pihak Polis harus bekerjasama bagi memastikan negara aman sentosa..

Sabtu yang lepas kita hampir digegarkan lagi dengan peristiwa "tembak"...Jika tidak kerana tindakan tepat dan pantas oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh, mungkin kembali membara insiden kematian adik Aminulrasyid..Tindakan pantas Datuk Osman Salleh menggantung tugas  anggota polis berkenaan secara serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam telah meredakan keadaan..Beliau juga berkata, "saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa." 

Inilah contoh sikap Pegawai Polis yang professional dan berjiwa besar...Syabas Datuk Osman Salleh!! KPN harus bersikap sebegini...Aku harap sikap dan tindakan Datuk Osman Salleh dapat dicontohi dan diteladani oleh semua anggota PDRM.

Thursday, April 15, 2010

Tulisan

Aku sememangnya amat gemar membaca karya non-fiction dan esei-esei... Bagi pendapat aku tulisan-tulisan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) dan Khalid Jaafar (atau lebih mesra dengan panggilan Pak Khalid) adalah yang terbaik dalam genre esei Bahasa Melayu. Walaupun Tukar Tiub berhaluan kiri ,Pak Khalid berhaluan kanan dan aku pula mungkin melebat ke kiri yang penting kedua-dua penulis (dan juga aku) mempunyai halatuju yang sama..

Di saat ini aku sedang membaca Tumit Achilles, buku sulung Pak Khalid yang menghimpunkan esei-esei beliau. Ini menyebabkan aku sering singgah di laman blog Pak Khalid...Diantara tulisan-tulisan yang ada, aku amat terkesan dengan tulisan ini; 

Ada tiga bentuk budaya politik Melayu berhubungan dengan kekuasaan. Yang pertama ditujukan oleh Hang Tuah, kesetiaan membuta tuli, menerima raja tidak melakukan kesalahan- rex non potest peccare-, kedua ditampilkan oleh Hang Jebat dengan ungkapan raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, keadilan mesti ditegakan meskipun langit runtuh. Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita melihat sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.
 
Tun Perak adalah bendahara kesultanan Melaka yang teragung dan dibawah pemerintahanan Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur. Tun Perak adalah arkitek kepada pax Malacca satu keteraturan serantau, perdagangan bebas dan kehidupan sosial yang amat kosmopolitan. Di situ juga bermula sistem perundangan dan peraturan, dan tanpa system perundangan dan peraturan ini Melaka tidak boleh wujud sebagai empayar yang makmur dan pusat perdagangan Asia...
(artikel penuh)

Walaupun budaya politik Tun Perak lebih digemari dan nampak lebih rasional di zaman ini, aku lebih bersetuju dengan Hang Jebat dan haluan yang dipilihnya...Bagi aku keadilan harus ditegakkan hatta "langit runtuh" sekalipun!!

Akan tetapi ini bukanlah kesimpulan yang aku temui...Pada masa yang sama aku menulis di saat ini bukanlah untuk memenangkan Hang Jebat dan haluan yang dipilihnya...Apa yang aku dapat simpulkan buat masa ini adalah haluan,cara dan kaedah itu tidaklah sepenting matlamat itu sendiri...Yang harus diutamakan adalah matlamat untuk menentang penindasan dan kezaliman itu sendiri...

Seringgkali kita terlampau taksub berbalah mengenai haluan dan cara masing-masing sehingga tergelincir dari landasan perjuangan..Ketaksuban ini telah mengenepikan akal,hikmah dan adab yang amat diperlukan dalam perjuangan demi "kemanusiaan"...Lebih bermakna jika kita meraikan perbezaan kita dalam meniti haluan berbeza demi "kemanusiaan".





Monday, March 8, 2010

Menjadi "ORANG"

 Semalam selepas selesai jualan sempena Art for Grabs (aku jual buku) aku dan member aku pun pergilah minum...member aku ni bagi aku seorang pekerja senibudaya. sepenuh masa..dia seorang penulis dan pemuzik...baru-baru ini dia mula berjinak-jinak dengan bidang lukisan...bleh tahan "avant-garde" gak ar mamat ni!!borak punya borak tiba-tiba member aku cakap;

teruna avant garde: aku boring btol kalau lepak dengan budak-budak sekolah aku...
aku: apasal?
teruna avant garde: baru-baru ni lepak ada member aku kata..."akhirnya jadi orang gak aku"...pastu dia tanya aku.."kau bila nak jadi orang??"...bengang gila aku dia tanya aku camtu!!
aku: haha...abes tu skang ni dia ingat kau jadi apa??monyet??haha
teruna avant garde: benda-benda camni yang menyebabkan aku malas nak lepak dengan budak-budak sekolah aku nih...

*secara amnya di malaysia ni kita hanya akan jadi "orang" bila ada kerja,ada gaji bulan-bulan dan ada kereta... Formulanya camni: 

   Kerja makan gaji + kereta = ORANG

akan tetapi bagi sesetengah kelompok masyarakat formula diatas pun belum cukup lagi...derang ni punya formula camni lak:

Kerja Makan Gaji + Kereta + Kahwin = ORANG

ada pulak berlaku kalau setakat kahwin je belum cukup lagi untuk jadi lelaki atau wanita yang sempurna...kena ada anak dulu barulah jadi lelaki/wanita sempurna...campurkan dengan kerja makan gaji dan kereta lalu terhasillah "orang"...penaakulan mantik nye camni lak:

Kerja Makan Gaji + Kereta + Kahwin + Keluarga = ORANG = Kehidupan Sempurna = KEGEMBIRAAN

berbalik pula kepada perbualan aku dan member aku;

teruna avant garde:aku bengang gila dengan orang yang camtu!!
aku:aku tak bengang dengan derang brader...malahan aku kesian...
teruna avant garde:eh, kenapa lak?
aku: yelah...aku kesian gila dengan derang sebab kehidupan derang diertikan dengan definisi yang materialistik...tanpa kerja makan gaji dan kereta derang, kehidupan mereka ni tak membawa apa-apa erti... kesian... tapi  kita takleh nak salahkan derang ni 100%... dah masyarakat kita  sememangnya tidak menghargai warisan senibudaya.. alangkan bahasa kebangsaan pun tidak dimertabatkan... negara membangun memang camni... fikir nak maju dan membangun... tapi  sendiri tak faham maksud pembangunan dan kemajuan itu...ciptaan kapitalis yang paling  menjahanamkan ummat manusia adalah  kewujudan "middle-class"... derang tatau yg derang ni  jadi hamba kepada  tauke-tauke kapitalis... derang selesa je makan gaji... pastu consume  segala bagai produk para kapitalis bangsat yang dihasilkan menggunakan darah keringat kaum buruh... aku kesian dengan derang  ni... derang ni sebenarnya "CONSUMER CLASS" ..derang ni macam haiwan ternakan.. haha
teruna avant garde: yeke?haha
aku:tapi tak semua orang makan gaji camtu...  ada yang makan gaji tapi  luar ofis jadi aktivis... seni ke ngo ke politik ke...orang-orang camni memang aku respek gila!..aku kesian dengan golongan "haiwan ternakan" yang maseh tak sedar tu...


adakah hidup aku sempurna??
entahlah...
adakah aku selesa??
tak tahu camne nak jawab...nak kata susah tu taklah..tapi selesa sangat pun tak jugak...dan aku pun tak "mengejar keselesaan" sebab bagi aku "keselesaan" ini melekakan...
adakah aku gembira?
alhamdulillah..sudah tentu!
kenapa?
sebab aku pilih untuk jadi gembira!!kegembiraan itu tidak memerlukan sebab..

Sunday, January 31, 2010

Ini semua Johnny punye pasal!!

Segalanya bermula di sini...

lalu ke sini...

menyebabkan ini berlaku!!!

Ditambah dengan ini...


natijahnya... :

 

nasi lemak+lontong lauk paru+kopi tarik+Camel 14+Paper = BREAKFAST OF CHAMPIONS!! 

hahaha...

Sunday, January 24, 2010

Semalam di rumah Gerak Budaya

selepas selesai mendengar kisah, pengalaman dan pandangan Komrad Salah As-Salah di Gerak Budaya semalam aku menyapa Tukar Tiub...


Tukar Tiub: Kau datang naik ape?...


aku: keta...


Tukar Tiub: naseb baik kau naik keta!!


aku: tu ar..hari pon nampak nak ujan ni...


Tukar Tiub: bukan...kalau kau naik moto, terseksa moto tu nak bawak kau!! kah kah kah


aku: (dalam hati) shilake nye tukar tiub!!

Wednesday, January 20, 2010

Malaysian Maverick: Satu ulasan santai

Malaysian Maverick merupakan buku yang mengundang segala macam kontroversi seperti mana juga buku "SHIT" nukilan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad 10 tahun dahulu...Seperti Shit, Malaysian Maverick juga merupakan best-seller (dengar khabar sudah sold-out di Singapura)...Akan tetapi berlainan dengan Shit, Malaysian Maverick masih belum dibenarkan penjualannya di Malaysia...


Baru-baru ini aku berpeluang membaca Malaysian Maverick yang diseludup dari Kota Singa oleh seorang sahabat (sebenarnya aku pinjam...buat masa ini 60 Sing Dollar adalah di luar kemampuanku untuk sebuah buku...). Walaupun sudah ada beberapa ulasan mengenai buku ini aku memilih untuk mengulas dari kacamata anak muda dengan gaya yang lebih santai (bagi mereka yang mahukan ulasan yang lebih serius sila ke sini atau sini).

Selepas habis membaca buku ini aku rasa "pendedahan" oleh Barry Wain bukanlah gempak sangat mahupun mengejutkan sampai buku ini perlu ditahan penjualannya oleh KDN..Mungkin bagi generasi pasca reformasi dan "new-media" "pendedahan-pendedahan" Barry Wain telah menghancurkan mitos bahawa tanpa Dr.Mahathir negara kita pasti tidak akan mencapai "kemajuan" yang dirasai sekarang (mitos yang ditanam didalam akal generasi muda termasuk aku sejak tadika lagi). Mungkin yang mengejutkan adalah kita di Malaysia ini tidak pernah membincangkan tentang mana-mana tokoh secara kritis dan seimbang dan apabila terbitnya buku seperti Malaysian Maverick kita pun "terkejut". Di Malaysia ini perbincangan lebih tertumpu kepada kelebihan dan kekuatan seorang tokoh, segala kekurangan dan kelemahan akan ditolak ketepi..

Bagi aku Malaysian Maverick bukanlah satu naskhah yang penuh dengan "pendedahan-pendedahan" yang sensasi akan tetapi sebuah buku yang "menyorot" kembali era zaman pemerintahan Dr.Mahathir...Jika ditanya kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair sebelum era reformasi lagi, "pendedahan-pendedahan" seperti skandal BMF, skandal PERWAJA,krisis Dr.Mahathir dengan institut perundangan, krisis Dr.Mahathir dengan institut Raja-Raja serta perpecahan UMNO yang menyebabkan tertubuhnya UMNO BARU adalah sebahagian daripada legasi politik Dr.Mahathir dan bukanlah pendedahan yang "mengejutkan" apatah lagi "menggemparkan"...

Ini bukan bermaksud Malaysian Maverick adalah buku politik "picisan" yang bersepah dijual di  toko akhbar  serata Kuala Lumpur seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak...Jauh sekali...Malaysian Maverick merupakan satu naskhah yang sarat dengan analisa legasi politik Dr.Mahathir...Kajian terperinci yang dijalankan oleh Barry Wain menjadikan buku ini satu tanda aras bagi semua buku-buku yang membincangkan isu mahupun tokoh politik tanahair.Tidak seperti buku politik picisian yang dipenuhi dengan teori kosong dan pandangan peribadi penulis, Malaysian Maverick ditunjangi kajian terperinci dan bukan pandangan peribadi penulis.. Bayangkanlah secara purata setiap bab mengandungi 100 nota kaki!!

Tidak dapat dinafikan "pendedahan-pendedahan" yang tidak ekslusif menjadikan Malaysian Maverick satu buku yang kontroversi dan popular...Akan tetapi aku lebih tertarik dengan bab-bab awalan buku ini yang membincangkan tentang sejarah hidup Dr.Mahathir serta permulaan karier politik beliau...Banyak perkara yang menyebabkan aku kagum dengan Dr.Mahathir...Seperti: anak marhaen yang berjaya dalam bidang pelajaran...Yang menyedihkan walaupun berjaya secara akademik tetapi oleh kerana tidak berasal dari kelurga bangsawan beliau dinafikan peluang untuk belajar undang-undang di England...Aku juga terharu dengan kisah bagaimana Dr.Mahathir sanggup meredah lumpur bendang  tengah-tengah malam buta untuk mengubati pesakit-pesakit beliau yang kebanyakkan terdiri daripada para petani yang seringakali tidak dikenakan bayaran oleh Dr.Mahathir...

Walaupun begitu keperibadian beliau dan karektor politik beliau sangat berbeza... Mengikut kamus Oxford , "Maverick" bermaksud "an unorthodox or independent-minded person". Bagi aku ini ini adalah gambaran yang tepat tentang karektor politik Dr.Mahathir...Selepas membaca buku ini bertambah teguhlah pandangan aku selama ini bahawa Dr.Mahathir merupakan  politikus ulung yang obses dengan usaha memodenkan Malaysia mengikut cara beliau sendiri kerana beliau percaya yang hanya beliau sendiri yang mampu berbuat demikian...Memetik bahagaian yang paling menarik (pada pandangan aku lah..) dalam buku ini ;

"He had a mission, to bring about about an economic and social revolution that would turn Malaysia into a fully developed and respected nation within a generation, with the Malays playing a prominent part. As that required his personal attention and leadership, political longevity was essential, regardless the cost. The price could always be rationalized in terms of his project, which was for the good of the country. There was no priority than staying in power."

"For Dr.Mahathir , a political animal, the ends justify the means, though he specifically denied it was a guiding principle. After his retirement, two of his great rivals in UMNO, Musa Hitam and Tengku Razaleigh Hamzah, used the same word to describe Dr.Mahathir: He was, they said, a "politician". The term contained a grudging admiration for Dr.Mahathir's willingness and ability to do what necessary to survive,unhindered by ethical considerations or the harm it might do to others. Both acknowledged his decisive advantage- a killer instinct, a readiness to go for the jugular at critical moments venture beyond what previously had been acceptable behaviour in Malaysian politics"

Akhir kata, bagi mereka yang mahu memahami atau mengetahui sejarah politik Malaysia pasca-merdeka buku ini harus dimiliki atau sekurang-kurangnya dibaca oleh mereka...Walaupun perbincangan buku ini tertumpu secara terus kepada Dr.Mahathir, tidak dapat dinafikan bahawa Dr.Mahathir merupakan tokoh terpenting dalam sejarah Malaysia pasca-merdeka dan dengan ini bakal menjadikan Malaysian Maverick buku rujukan yang penting buat generasi sekarang dan akan datang. Aku juga mengambil kesempatan ini untuk mencabar ISEAS dan Barry Wain menulis buku yang kritis dan seimbang ,seperti Malaysian Maverick, tentang seorang lagi politikus "ulung" di Asia Tenggara iaitu Lee Kuan Yew.

Monday, January 18, 2010

jeng jeng jeng!!

Wei Johnny!! Gua baca dulu ye...kah kah kah