Thursday, April 15, 2010

Tulisan

Aku sememangnya amat gemar membaca karya non-fiction dan esei-esei... Bagi pendapat aku tulisan-tulisan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) dan Khalid Jaafar (atau lebih mesra dengan panggilan Pak Khalid) adalah yang terbaik dalam genre esei Bahasa Melayu. Walaupun Tukar Tiub berhaluan kiri ,Pak Khalid berhaluan kanan dan aku pula mungkin melebat ke kiri yang penting kedua-dua penulis (dan juga aku) mempunyai halatuju yang sama..

Di saat ini aku sedang membaca Tumit Achilles, buku sulung Pak Khalid yang menghimpunkan esei-esei beliau. Ini menyebabkan aku sering singgah di laman blog Pak Khalid...Diantara tulisan-tulisan yang ada, aku amat terkesan dengan tulisan ini; 

Ada tiga bentuk budaya politik Melayu berhubungan dengan kekuasaan. Yang pertama ditujukan oleh Hang Tuah, kesetiaan membuta tuli, menerima raja tidak melakukan kesalahan- rex non potest peccare-, kedua ditampilkan oleh Hang Jebat dengan ungkapan raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, keadilan mesti ditegakan meskipun langit runtuh. Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita melihat sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.
 
Tun Perak adalah bendahara kesultanan Melaka yang teragung dan dibawah pemerintahanan Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur. Tun Perak adalah arkitek kepada pax Malacca satu keteraturan serantau, perdagangan bebas dan kehidupan sosial yang amat kosmopolitan. Di situ juga bermula sistem perundangan dan peraturan, dan tanpa system perundangan dan peraturan ini Melaka tidak boleh wujud sebagai empayar yang makmur dan pusat perdagangan Asia...
(artikel penuh)

Walaupun budaya politik Tun Perak lebih digemari dan nampak lebih rasional di zaman ini, aku lebih bersetuju dengan Hang Jebat dan haluan yang dipilihnya...Bagi aku keadilan harus ditegakkan hatta "langit runtuh" sekalipun!!

Akan tetapi ini bukanlah kesimpulan yang aku temui...Pada masa yang sama aku menulis di saat ini bukanlah untuk memenangkan Hang Jebat dan haluan yang dipilihnya...Apa yang aku dapat simpulkan buat masa ini adalah haluan,cara dan kaedah itu tidaklah sepenting matlamat itu sendiri...Yang harus diutamakan adalah matlamat untuk menentang penindasan dan kezaliman itu sendiri...

Seringgkali kita terlampau taksub berbalah mengenai haluan dan cara masing-masing sehingga tergelincir dari landasan perjuangan..Ketaksuban ini telah mengenepikan akal,hikmah dan adab yang amat diperlukan dalam perjuangan demi "kemanusiaan"...Lebih bermakna jika kita meraikan perbezaan kita dalam meniti haluan berbeza demi "kemanusiaan".





6 comments:

gabanMorka said...

jalan hang jebat lebih terbuka.
jalan tun perak lebih rasional.
aku rasa patot ambil keduanya.
hang tuah disanggah sama sekali

IZZARD said...

Tun Perak lebih diplomasi dalam kepimpinannya.Hang Jebat seorang patriot yang menegakkan keadilan tanpa mengira sempadan,baik kawan mahupun ketuanya sendiri.Hang Tuah adalh seorang oportunis yang licik memainkan peranan untuk kesenangan diri sendiri.Semuanya tak salah,dan tak salah kalau kita nak ikut.Cuma yang penting,kita tahu matlamat dan visi diri sendiri.

Hadi,lame tak nampak entri ko.rajin la sikit menulis and masuk-masuk la blog aku yang tak best tu.heheh! bila nak lepak berdiskusi lagi ni?

GombakRock said...

op izzard;
kau jgnla bocorkan identiti aku kat sini..hilang ar "street-cred aku... kah kah kah

Johnny B. Rempit said...

Bahaya nih... Gua dah tau nama ko, wahai brader GombakRocker.

Hahahahaha...

j or ji said...

En. Ha...Gombakrock! :)

Aku ada organise flea market kat Damansara Perdana, kalau kau interested nak join.

TQ.

Siapa contoh Tun Perak dizaman kita sekarang ni?

Ponco Susanto said...

I desperately need your help. Please.