Wednesday, January 20, 2010

Malaysian Maverick: Satu ulasan santai

Malaysian Maverick merupakan buku yang mengundang segala macam kontroversi seperti mana juga buku "SHIT" nukilan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad 10 tahun dahulu...Seperti Shit, Malaysian Maverick juga merupakan best-seller (dengar khabar sudah sold-out di Singapura)...Akan tetapi berlainan dengan Shit, Malaysian Maverick masih belum dibenarkan penjualannya di Malaysia...


Baru-baru ini aku berpeluang membaca Malaysian Maverick yang diseludup dari Kota Singa oleh seorang sahabat (sebenarnya aku pinjam...buat masa ini 60 Sing Dollar adalah di luar kemampuanku untuk sebuah buku...). Walaupun sudah ada beberapa ulasan mengenai buku ini aku memilih untuk mengulas dari kacamata anak muda dengan gaya yang lebih santai (bagi mereka yang mahukan ulasan yang lebih serius sila ke sini atau sini).

Selepas habis membaca buku ini aku rasa "pendedahan" oleh Barry Wain bukanlah gempak sangat mahupun mengejutkan sampai buku ini perlu ditahan penjualannya oleh KDN..Mungkin bagi generasi pasca reformasi dan "new-media" "pendedahan-pendedahan" Barry Wain telah menghancurkan mitos bahawa tanpa Dr.Mahathir negara kita pasti tidak akan mencapai "kemajuan" yang dirasai sekarang (mitos yang ditanam didalam akal generasi muda termasuk aku sejak tadika lagi). Mungkin yang mengejutkan adalah kita di Malaysia ini tidak pernah membincangkan tentang mana-mana tokoh secara kritis dan seimbang dan apabila terbitnya buku seperti Malaysian Maverick kita pun "terkejut". Di Malaysia ini perbincangan lebih tertumpu kepada kelebihan dan kekuatan seorang tokoh, segala kekurangan dan kelemahan akan ditolak ketepi..

Bagi aku Malaysian Maverick bukanlah satu naskhah yang penuh dengan "pendedahan-pendedahan" yang sensasi akan tetapi sebuah buku yang "menyorot" kembali era zaman pemerintahan Dr.Mahathir...Jika ditanya kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair sebelum era reformasi lagi, "pendedahan-pendedahan" seperti skandal BMF, skandal PERWAJA,krisis Dr.Mahathir dengan institut perundangan, krisis Dr.Mahathir dengan institut Raja-Raja serta perpecahan UMNO yang menyebabkan tertubuhnya UMNO BARU adalah sebahagian daripada legasi politik Dr.Mahathir dan bukanlah pendedahan yang "mengejutkan" apatah lagi "menggemparkan"...

Ini bukan bermaksud Malaysian Maverick adalah buku politik "picisan" yang bersepah dijual di  toko akhbar  serata Kuala Lumpur seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak...Jauh sekali...Malaysian Maverick merupakan satu naskhah yang sarat dengan analisa legasi politik Dr.Mahathir...Kajian terperinci yang dijalankan oleh Barry Wain menjadikan buku ini satu tanda aras bagi semua buku-buku yang membincangkan isu mahupun tokoh politik tanahair.Tidak seperti buku politik picisian yang dipenuhi dengan teori kosong dan pandangan peribadi penulis, Malaysian Maverick ditunjangi kajian terperinci dan bukan pandangan peribadi penulis.. Bayangkanlah secara purata setiap bab mengandungi 100 nota kaki!!

Tidak dapat dinafikan "pendedahan-pendedahan" yang tidak ekslusif menjadikan Malaysian Maverick satu buku yang kontroversi dan popular...Akan tetapi aku lebih tertarik dengan bab-bab awalan buku ini yang membincangkan tentang sejarah hidup Dr.Mahathir serta permulaan karier politik beliau...Banyak perkara yang menyebabkan aku kagum dengan Dr.Mahathir...Seperti: anak marhaen yang berjaya dalam bidang pelajaran...Yang menyedihkan walaupun berjaya secara akademik tetapi oleh kerana tidak berasal dari kelurga bangsawan beliau dinafikan peluang untuk belajar undang-undang di England...Aku juga terharu dengan kisah bagaimana Dr.Mahathir sanggup meredah lumpur bendang  tengah-tengah malam buta untuk mengubati pesakit-pesakit beliau yang kebanyakkan terdiri daripada para petani yang seringakali tidak dikenakan bayaran oleh Dr.Mahathir...

Walaupun begitu keperibadian beliau dan karektor politik beliau sangat berbeza... Mengikut kamus Oxford , "Maverick" bermaksud "an unorthodox or independent-minded person". Bagi aku ini ini adalah gambaran yang tepat tentang karektor politik Dr.Mahathir...Selepas membaca buku ini bertambah teguhlah pandangan aku selama ini bahawa Dr.Mahathir merupakan  politikus ulung yang obses dengan usaha memodenkan Malaysia mengikut cara beliau sendiri kerana beliau percaya yang hanya beliau sendiri yang mampu berbuat demikian...Memetik bahagaian yang paling menarik (pada pandangan aku lah..) dalam buku ini ;

"He had a mission, to bring about about an economic and social revolution that would turn Malaysia into a fully developed and respected nation within a generation, with the Malays playing a prominent part. As that required his personal attention and leadership, political longevity was essential, regardless the cost. The price could always be rationalized in terms of his project, which was for the good of the country. There was no priority than staying in power."

"For Dr.Mahathir , a political animal, the ends justify the means, though he specifically denied it was a guiding principle. After his retirement, two of his great rivals in UMNO, Musa Hitam and Tengku Razaleigh Hamzah, used the same word to describe Dr.Mahathir: He was, they said, a "politician". The term contained a grudging admiration for Dr.Mahathir's willingness and ability to do what necessary to survive,unhindered by ethical considerations or the harm it might do to others. Both acknowledged his decisive advantage- a killer instinct, a readiness to go for the jugular at critical moments venture beyond what previously had been acceptable behaviour in Malaysian politics"

Akhir kata, bagi mereka yang mahu memahami atau mengetahui sejarah politik Malaysia pasca-merdeka buku ini harus dimiliki atau sekurang-kurangnya dibaca oleh mereka...Walaupun perbincangan buku ini tertumpu secara terus kepada Dr.Mahathir, tidak dapat dinafikan bahawa Dr.Mahathir merupakan tokoh terpenting dalam sejarah Malaysia pasca-merdeka dan dengan ini bakal menjadikan Malaysian Maverick buku rujukan yang penting buat generasi sekarang dan akan datang. Aku juga mengambil kesempatan ini untuk mencabar ISEAS dan Barry Wain menulis buku yang kritis dan seimbang ,seperti Malaysian Maverick, tentang seorang lagi politikus "ulung" di Asia Tenggara iaitu Lee Kuan Yew.

Monday, January 18, 2010

jeng jeng jeng!!

Wei Johnny!! Gua baca dulu ye...kah kah kah


Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1430 Hijrah!

Hari Raya di Kuala Lumpur




JALAN RAYA KEKOSONGAN,
HARI RAYA DI KUALA LUMPUR


JUMPA SAUDARA DAN TEMAN-TEMAN
MAKAN MINUM..BERGURAU SENDA
TAK PERLU TIDUR,TAK PERLU SAHUR,
HARI RAYA DI KUALA LUMPUR


LEPAS SEMBAHYANG,JEMPUT MAKAN
BAYAR ZAKAT,JANGAN LEWAT..


SELAMAT HARI RAYA,
BAJU MELAYU,BARU,
KAIN BATIK,CANTIK,
KETUPAT,LEMANG,
SELAMAT HARI RAYA


MEMANDU DI HARI LEBARAN,
PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR,
MAIN MERCUN,JANGAN SAMPAI LECUR,
HARI RAYA DI KUALA LUMPUR


SELAMAT HARI RAYA,
BAJU MELAYU,BARU,
KAIN BATIK,CANTIK,
KETUPAT,LEMANG,
SELAMAT HARI RAYA..


RAYA..


HARI-HARI HARI RAYA...
HARI-HARI HARI RAYA...

Wednesday, September 16, 2009

Cause & Effect

CAUSE:





EFFECT:




=JOY:


*siapa kata yang berdemonstrasi itu takkan menyeselaikan masalah??? siapa kata yang demonstrasi itu "bukan budaya kita"...tanggungjawab rakyat bukan setakat mengundi setiap 4 tahun... kita juga bertanggungjawab mengkritik dasar-dasar pemerintah yang menindas dan zalim...jika kritikan itu harus diterjemah kepada demonstrasi jalanan, itulah yang kita harus lakukan...


"it's not the matter of wishing success to the victims of aggression,but of sharing his fate; one must accompany him to his death or victory."
-Ernesto "Che" Guevara De La Serna

Selamat Hari Malaysia!!!

Kepada semua rakyat Malaysia,Selamat Menyambut Hari Malaysia!!

Wishing all Malaysian a happy Malaysia Day

Friday, September 11, 2009

Malas membaca, suka mendengar??

Tadi saya terbaca ayat ini di blog Tukar Tiub @ Hishammuddin Rais....
"MELAYU MALAS MEMBACA …. SUKA MENDENGAR" (utk artikel penuh sila ke sini)


Komentar dari tukar tiub ini membuatkan saya berfikir sejenak..."benarkah melayu ni malas membaca hanya suka mendengar??"... mungkin benar ...kerna dikalangan keluarga,sahabat,rakan serta kenalan saya mereka yang rajin membaca boleh dikira dengan jari...apatah lagi mereka yang kerap membeli buku...
Lalu saya teringat Utusan Malaysia pernah melaporkan bahawa;
"negara kita mempunyai 500 000 blogger yang aktif...statistik ini meletakkan Malaysia diantara negara tertinggi didunia dalam aktiviti blogging sebaris dengan Indonesia dan negara-negara Kesatuan Eropah"(sumber disini).

Jika negara kita ramai bloggers maksudnya ramai jugalah yang rajin membaca kerna Sasterawan Negara A.Samad Said apabila diajukan soalan "bagaimana mahu jadi seorang penulis?" beliau menjawab "Ada 5 perkara perlu dilakukan...1-Membaca, 2-Membaca 3-Membaca 4-Membaca 5-MENULIS"...
Mungkin juga Melayu ini malas membaca...seingat saya sewaktu zaman di universiti dahulu teman-teman sekuliah dan seuniversiti dengan saya jarang membeli buku teks...hanya fotokopi sahaja...nak baca buku teks lagi lah!!! hanya harap kepada nota sahaja...itupun fotokopi dari orang lain punya (saya juga pernah termasuk didalam golongan ini..haha)...Mungkin pada waktu itu kami tidak mampu nak membeli semua buku teks kerna harganya yang kurang "mesra-pelajar"...tapi apabila sudah melangkah ke alam pekerjaan saya dapati kebanyakkan dari teman-teman saya amat jarang membaca apatah lagi membeli buku...ada juga yang sampai tahap langsung tidak membaca surat khabar...alasan seperti biasalah..."takde masa"...


Pengalaman saya sebagai "penggiat" industri penerbitan dan pemasaran buku adalah rakyat Malaysia tidak suka membeli buku...Ini sekaligus mengatakan yang kita tidak suka membaca... Terus-terang saya katakan bahawa membaca itu bukanlah kegemaran rakyat Malaysia dan orang Melayu..Apa yang saya nampak ialah kita rakyat Malaysia suka kepada perkara-perkara yang "sensasi"... Kerna itulah membaca dan menulis blog itu sangat digemari dikalangan kita sebab itu aktiviti yang "sensasi"...Begitu jua dengan medengar muzik dari luar,menonton filem luar dan pergi konsert-kosert artis luar...kerna itulah aktiviti-aktiviti yang "sensasi"...


Oleh itu sempena Hari Kemerdekaan yang ke-52 dan Hari Malaysia yang bakal menjelang ini marilah kita menyemai sikap suka membaca dan berusaha bagi menjadikan aktiviti membaca itu kegemaran nombor 1 rakyat Malaysia...Jangan sesekali kita lupa bahawa "membaca itu jambatan ilmu" serta ayat Al-Qur'an yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah "Iqra' " ...yang membawa maksud "BACALAH"...

Wednesday, September 9, 2009

Ganyang lagi?

pada pendapat hamba hal ini bukan satu masalah apatah lagi satu isu... hal ini hanya disensasikan oleh pihak media untuk menjual akhbar,majalah tak pon meningkatkan hits dan rating... politikus kedua2 negara pulak menggunakan perkara ni utk mengalih tumpuan hamba rakyat dari masalah sebenar negara Indonesia dan Malaysia...

kalau baca buku Samuel P. Huntington "The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order" ada menerangkan konsep bahawa setiap tamadun/kuasa besar (dalam hal ini sebuah negara) perlu "musuh" utk "memajukan" diri takpun utk menunding kesalahan atas kepincangan pemerintah sendiri...

seperti zaman dahulu kala rom vs parsi... di zaman moden U.S.A vs USSR... setelah USSR tumbang..U.S.A perlukan "musuh"...jika tidak bajet mereka utk pertahanan akan mengecut..lalu akan merugikan tauke-tauke senapang,baju tentera dsb...supaya kaum kapitalis industri pertahanan tidak rugi...U.S.A mengangkat Islam dan "terrorisme" sebagai musuh utama...

dalam hal ini Indonesia memerlukan Malaysia untuk mengalih tumpuan hamba rakyat dari masalah korupsi,birokrasi,kegawatan ekonomi dan lain-lain...tapi disebaliknya setiap kali hal ini terjadi sape yg untung???tauke-tauke surat khabar dan kapitalis media....media Indonesia mengeksploitasi habis-habisan apa-apa sahaja berita yang boleh "ganyang malaysia"...kita boleh lihat masa kes manohara dulu...tak ke laku suratkhabar masa tu...tidakkah pelik bahawa punca hal ini adalah media(discovery channel) dan yang untung besar pun pihak media juga...

pada masa yang sama nampaknya rakyat malaysia kurang ambil berat tentang kejadian "Ganyang Malaysia" yang terbaru walaupun tak sampai 10 hari lepas kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke-52...mungkin kerana sedang menjalankan ibadah puasa...mungkin juga lebih ambil berat isu sebat Kartika...ataupun isu "perarakan kepala lembu" lebih penting...hamba lebih rasa yang kita ni bersopan-santun dan berhati lembut...sebab tu la minyak naik 25 sen pun buat bodo je...

yang paling melucukan ialah mereka yang bakar bendera malaysia,baling telur busuk di kedutaan malaysia dan "sweeping" terdiri dari golongan mahasiswa...sepatutnya golongan ini lebih matang dan rasional...dalam apa-apa hal/masalah dan isu sekali pun perlu ada perbincangan yang matang serta tenang...kalau tak nanti jadi cam ini tak pun ini...

*gambar diambil dari detikfoto

Tuesday, September 1, 2009

Minyak naik lagi...

Kenaikan harga petrol kali ini sebenarnya sudah lama diketahui umum...kalau kita lihat balik semasa harga petrol diturunkan pada tahun lepas sudah pun diumumkan bahawa harga minyak akan dinaikan kepada RM2 seliter(konon equlibrium price ar ni!!) pada tahun 2009... pada pertengahan 2009 media arus perdana mula rancak berbincang mengenai RON95 lah RON97... ini sume tanda harga minyak nak naik...
Tapi hamba rakyat pula leka dan terlupa...pemerintah dan media arus perdana pun pandai cover line ...walhasil harga minyak pun dinaikkan tepat jam 12am hari ini...

YANG AKU MARAH GILA TU KENAPA DINAIKKAN SEMASA BULAN RAMADHAN??? DAH TU LAGI 2 MINGGU ORANG SUME NAK BALIK RAYA KAT KAMPUNG!!!TAK KE MEMBEBANKAN RAKYAT???!!! KATA RAKYAT DIDAHULUKAN KONON... MINTAK RESTU RAKYAT KONON... NAK DEKAT DENGAN RAKYAT KONON...BUTO LAH!!! layan lagu ni dulu...



Dari pandangan kaum kapitalis bangsat dan tauke-tauke, menaikan harga minyak masa ni adalah langkah yg teramat bijak...harga minyak akan mempengaruhi semua...juadah berbuka,baju raya,kuih raya,lemang,rendang,ketupat dsb.... TAPI YANG PALING AKU MARAH BILA PIHAK PEMERINTAH CUBA PUTAR BELIT KEADAAN...KATA ACTUAL PRICE MINYAK SEBENARNYA TAK NAIK LAH...WOI!!PERSETANKAN RON95 & RON97... SEBELUM 1/9/2009 RON97 RM1.80 seliter SKANG DAH JADI RM2.05 seliter...TAK KE NAIK TU!!!APE BODOH SANGAT KAU NI ISMAIL SABRI??? layan pulak lagu ni...



amatlah benar kata-kata "MASS GRAVES FOR THE PUMP AND THE PRICE IS SET!!" yg merupakan sebahagian dari lirik di penghujung lagu ini...kita merana,terbeban dan ditindas... walhal harga minyak ini sememangnya dimanipulasikan dan sudah ditetapkan...tidak wujud pengaruh pasaran di dalam menetapkan harga minyak...

akhir kata saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mengundi dan menyokong BN+UMNO..terima kasih lah banyak-banyak...

Monday, August 31, 2009

MERDEKA


MERDEKA
: bebas (daripada penjajahan,kurungan,naungan dll), lepas (daripada tebusan,tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain, bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati)

KEMERDEKAAN: perihal merdeka(bebas), kebebasan

INDEPENDENCE: 1.free from outside control; not subject to another’s authority (of a country) self-governing.

BEBAS: 1.tidak terhalang (untuk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung,lepas, leluasa

KEBEBASAN: perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan ~ surat khabar menyiarkan berita ( membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat

FREEDOM: 1 the power or right to act, speak, or think freely.
2 the state of being free.
3 (freedom from) exemption or immunity from.
4 the power of self-determination attributed to the will; the quality of being independent of fate or necessity.

PEMBEBASAN: perihal(perbuatan,tindakan,usaha) membebaskan

PEJUANG: orang yang berjuang (untuk merebut,mencapai,mempertahankan sesuatu)

PEJUANG KEMERDEKAAN: orang yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya

FREEDOM FIGHTER: a person who takes part in a revolutionary/independence struggle.