Sunday, April 26, 2009

Tahniah!!!

Tahniah Selangor kerna berjaya menjulang Piala F.A 2009!!!Akan tetapi harus diingati banyak kelemahan harus diperbaiki...

Tahniah Abang Zack dan Coach Devan!!!The first of many!!!

Tahniah Selangor langkah pertama bagi mencapai Visi 2015...

Tahniah Kelantan kerna bermain lebih "cun" dari Selangor...tapi apa bleh buat sudah rezeki Merah Kuning...

Tahniah buat Amri Yahyah...sekali lagi dinobatkan "Man of the match"...tandukan penyelamat...kau memang "The Golden Boy of Selangor" Am!!!...Piala F.A 2009 juga merupakan kejuaraan kelima sepanjang karier professional beliau...diharap dapat tambah lagi dan lagi!!!

Tahniah juga diucapkan kepada Kapten Kelantan Badhri Radzi diatas permainan beliau yang cemerlang...nampaknya Badhri Radzi bukan lagi "Kelantan's best kept secret"... Saya kira seluruh peminat bolasepak tempatan sudah mengenali anda selepas final semalam...

Tahinah Khairul Anuar Baharom a.k.a Acong The Boss!!!Piala ke-13 sepanjang karier!!!!ni dah bleh masuk Malaysia Book of Record nih!!!Moga-moga dapat tambah lagi 10 sebelum menggantung but...

Tahniah penyokong Kelantan dan Selangor!!!Kehadiran kita seramai 85 Ribu merupakan satu rekod dalam sejarah bolasepak negara!!!Ini menunjukkan maseh ada yang sayang akan bolasepak kita!!!

p.s: Kepada penyokong Kelantan...kalau jodoh kita panjang, kita jumpa di final Piala Malaysia 2009...

7 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man rasa pun macam tu jugak. Final Piala Malaysia akan menemukan dua pasukan ini sekali lagi.
Semoga sejarah akan tercipta.

GombakRock said...

saya pon harap begitu juga Pak Man... sebab final tempohari antara Kelantan dan Selangor adalah yang paling meriah dalam bolasepak negara...
tapi pada masa yg sama byk juga pasukan yang juga mampu ke final piala malaysia...cthnya kedah...jgn sesekali perkecilkan kedah dan azraai khor...bakal mengundang bahaya tu!!hehe

Kieng Meng said...

Gomo Kelate Gomo!!
Nate Beghuk!!

GombakRock said...

oh kieng meng..nampaknya kau maseh lagi kecewa dgn kekalahan kelantan minggu lepas...tambah lagi kelantan tewas kpd n9 semlm...bersabarlah... bak kat hasbullah awang..."bola itu bulat"...kah kah kah

Abe Ya said...

SALAM...

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA KE BLOG SAYA. PERTAMA SEKALI TAHNIAH BUAT TEAM SELANGOR ATAS KEJAYAAN MUNCUL JUARA PIALA FA.

SAYA TELAH BACA KOMEN SAUDARA, INSYAALLAH KALAU DIBERIKAN PELUANG SAYA AKAN MENULIS PLAK ULASAN BERKENAAN BADRI RADZHI.

SAYA JUGA INGIN MEMOHON KERJASAMA SAUDARA UNTUK MEMBERIKAN MAKLUMAT BERKENAAN PEMAIN MUDA SELANGOR YANG BERBAKAT, KERANA SAYA TELAH MENYIAPKAN SEBUAH ARTIKEL YANG BERTAJUK BINTANG DALAM PEMBIKINAN BOLA SEPAK MALAYSIA.TQ

GombakRock said...

putera darul naim...
bisa diaturrr...bersama2 kita memertabatkan bolasepak malaysia!!!

referee said...

Bro,
i saw your comment dalam bolatoday.com on dollah salleh nice tought though. Gua dari dulu share the same idea about this guy.

Tambah lagi dengan some earsore talk from the training ground. Confirm lousy coach betul veteran no.9 selangor nih.

Hey, feel free to visit and spit comment at my blog : http://selangorfanatik.com.

Cheers!