Thursday, April 23, 2009

Selangor vs Kelantan: The Battle of Bukit Jalil Part I

Bahang Final Piala F.A sudah terasa...Bahangnya terasa lain sekali berbanding musim-musim yang lepas...mungkin kerana buat Kelantan inilah kali pertama menjejakkan kaki ke Final setalah 39 tahun...Selangor pula berlainan sedikit dari musim lepas sejak dikendalikan oleh K.Devan...Kedua-dua pasukan juga dibarisi dengan nama-nama bintang bolasepak tempatan seperti Indra Putra,Khalid Jamlus dan Safee Sali...Pemain-pemain yang "top-form" musim ini seperti Amri Yahyah,Badhri Radzi dan Norfarhan juga berada dalam kesebelasan utama Selangor mahupun Kelantan...

Faktor peminat membuatkan Final 2009 hangat sekali...Tidak seperti musim-musim lepas berita dan artikel tentang Final musim ini terpampang di akhbar-akhbar dan televisyen...Peminat Kelantan yang setia dan amat fanatik pasti akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil kerna ini final pertam mereka selepas 39 tahun...Akibat ini peminat Selangor mula bangun dan tidak mahu peristiwa musim lepas dimana penyokong Kedah menang sorak dan lebih ramai di Final Piala F.A dan Piala Malaysia berulang kembali

Antara tunjang kekuatan sesebuah pasukan adalah jurulatih...K.Devan merupakan jurulatih muda yang cukup disegani...Beliau dianugerahkan gelaran Jurulatih Terbaik 2006 setelah menjuarai Liga Super dan mara ke final Piala Malaysia musim itu...pentas final Piala F.A juga bukan asing bagi Devan kerna pernah menjulang Piala F.A 2003 bersama Negri Sembilan (kejuaraan Negri yang pertama setelah 55 tahun)...

Kerjaya Peter Butler di Liga-M bermula dengan Sabah...Menjadi Ketua Jurulatih dari tahun 2001-2004...bekas pemain West Ham United ini pernah mara ke final Piala Malaysia 2002-2003 dengan Sabah...Lelaki Inggeris ini juga boleh berbahasa Melayu dan mengendalikan sesi latihannya dalam bahasa kebangsaan...Seorang jurulatih "journeyman" yang tidak mahu kerjaya kejurulatihannya bermula kerna ihsan rakan dan kenalan di Britain diberi peluang untuk bermula di Asia Tenggara...Beliau berpendapat bagi seorang "Mat Saleh" untuk berjaya disini, budaya tempatan mesti difahami dan dihormati...bahasa kebangsaan juga harus dipelajari...Ini membuatkan saya cukup tertarik dengan beliau... (Info lanjut tentang Peter Butler baca disini)...

Sejak diberi lilitan kapten, Amri Yahyah "the golden boy of Selangor" bermain dengan cukup cemerlang sekali dan menampakkan kematangan dari segi permainan..jika dulu sering dilabel sebagai pemain panas baran dan "budak nakal", musim ini Amri sudah dapat mengawal emosi dan memimpin rakan pasukan melalui prestasinya yang cukup cemerlang setakat ini...

Jika tumpuan lebih diberikan kepada Indra Putra dan Khalid Jamlus, nadi utama pasukan Kelantan adalah Badhri Radzi yang juga merupakan Kapten pasukan...Seorang pemain yang mempunyai kawalan bola yang sangat bagus...tenang walaupun di dalam tekanan... seorang Playmaker yang ada 'game making sense' persis lagenda Perak Azizul Abu Hanifah...

Secara jujurnya Final kali ini memang 50-50... Selangor yang dilihat kurang konsisten tetapi telah memenangi semua perlawanan "besar"...Kelantan hanya memenangi 2 dari 5 perlawanan baru-baru ini...Tetapi Kelantan telah membuat kejutan besar berjaya menumbangkan Negri Sembilan walaupun pernah ketinggalan 0-2 secara aggregat...

Jika Selangor hanya memberi tumpuan kepada Indra Putra dan Khalid Jamlus sudah pasti Gergasi Merah akan tumbang...Ini kerna segala gerak serangan Kelantan bermula dengan Badhri Radzi dan Norfarhan...Tetapi jika Badhri Radzi dan Norfarhan berjaya dikunci kemenangan pasti milik Selangor sperti ditunjukkan dalam kemenangan 3-0 keatas Kelantan di Shah Alam tempoh hari...

Bahang final yang terasa sebegini dari dalam padang mahupun luar padang amat bagus sekali untuk bola sepak Malaysia...Kehangatan sebegini diharap dapat memberi semangat baru kepada bola sepak kita yang kian layu...Akhir kata...MAJU SELANGOR!!!

No comments: