Hari ni aku secara rasminya akan mengisytiharkan perang terhadap PPSMI...minggu ini sampai 7 Mac 2009 aku akan "post" artikel-artikel dan kajian-kajian yang menunjukkan betapa bangangnya polisi PPSMI ini... usaha ini diatas inisiatif aku sendiri bagi menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP)... disamping itu ini adalah usaha utk mencelikkan mata masyarakat sambil menanti kemuncak gerakan mansuhkan PPSMI iaitu himpunan 100 ribu rakyat di Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah PPSMI ini pada 7 Mac 2009!!!tapi jangan ingat habis disitu sahaja...dari masa ke semasa aku akan post lagi artikel2 anti-ppsmi ini sampailah PPSMI ini dimansuhkan!!!
Sebagai langkah pertama kita layan dulu sajak Allahyarham Usman Awang yang bertajuk "Keranda 152"...
Usman Awang (1967)
*Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh terpenting ialah Usman Awang yang ketika itu menjadi editor majalah DBP ; Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya . Ia merupakan simbolik kepada kematian Bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa di bidang kehakiman.
Sebagai langkah pertama kita layan dulu sajak Allahyarham Usman Awang yang bertajuk "Keranda 152"...
Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen
Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi
Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya
Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu