Wednesday, September 9, 2009

Ganyang lagi?

pada pendapat hamba hal ini bukan satu masalah apatah lagi satu isu... hal ini hanya disensasikan oleh pihak media untuk menjual akhbar,majalah tak pon meningkatkan hits dan rating... politikus kedua2 negara pulak menggunakan perkara ni utk mengalih tumpuan hamba rakyat dari masalah sebenar negara Indonesia dan Malaysia...

kalau baca buku Samuel P. Huntington "The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order" ada menerangkan konsep bahawa setiap tamadun/kuasa besar (dalam hal ini sebuah negara) perlu "musuh" utk "memajukan" diri takpun utk menunding kesalahan atas kepincangan pemerintah sendiri...

seperti zaman dahulu kala rom vs parsi... di zaman moden U.S.A vs USSR... setelah USSR tumbang..U.S.A perlukan "musuh"...jika tidak bajet mereka utk pertahanan akan mengecut..lalu akan merugikan tauke-tauke senapang,baju tentera dsb...supaya kaum kapitalis industri pertahanan tidak rugi...U.S.A mengangkat Islam dan "terrorisme" sebagai musuh utama...

dalam hal ini Indonesia memerlukan Malaysia untuk mengalih tumpuan hamba rakyat dari masalah korupsi,birokrasi,kegawatan ekonomi dan lain-lain...tapi disebaliknya setiap kali hal ini terjadi sape yg untung???tauke-tauke surat khabar dan kapitalis media....media Indonesia mengeksploitasi habis-habisan apa-apa sahaja berita yang boleh "ganyang malaysia"...kita boleh lihat masa kes manohara dulu...tak ke laku suratkhabar masa tu...tidakkah pelik bahawa punca hal ini adalah media(discovery channel) dan yang untung besar pun pihak media juga...

pada masa yang sama nampaknya rakyat malaysia kurang ambil berat tentang kejadian "Ganyang Malaysia" yang terbaru walaupun tak sampai 10 hari lepas kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan yang ke-52...mungkin kerana sedang menjalankan ibadah puasa...mungkin juga lebih ambil berat isu sebat Kartika...ataupun isu "perarakan kepala lembu" lebih penting...hamba lebih rasa yang kita ni bersopan-santun dan berhati lembut...sebab tu la minyak naik 25 sen pun buat bodo je...

yang paling melucukan ialah mereka yang bakar bendera malaysia,baling telur busuk di kedutaan malaysia dan "sweeping" terdiri dari golongan mahasiswa...sepatutnya golongan ini lebih matang dan rasional...dalam apa-apa hal/masalah dan isu sekali pun perlu ada perbincangan yang matang serta tenang...kalau tak nanti jadi cam ini tak pun ini...

*gambar diambil dari detikfoto

3 comments:

Kieng Meng said...

kasi ganyang gak lah bro..1st target, dtg umah aku ganyang amah aku..haha

SangKunang said...

warga indon terlebih patriotik sampai jadi fanatik dan x rasional.
kasi sweep skali warga depa yg bertimbun kat kl nih..
gi pudu penuh ngan orang dia, gi bazar ramadan pun org dia niaga.. haisshh!

dukeskywalker said...

Warga Indon mmg sgt emosi apabila bercerita tentang semangat nasionalisma nya..

Sbg rakyat Malaysia, aku tak puas hati.. Rakyat Malaysia banyak membantu warga indon, di Malaysia mahupun di negara mereka..

Sbg rakyat Malaysia, terutamanya Melayu, kita pula sering terlebih toleransi, sehingga orang luar mengambil peluang memijak kepala kta..