Friday, March 27, 2009

Kembara Seniman Jalanan @ Pawagam Coliseum



Nilah cerita "cult" dan filem "kebangkitan" kita...Membuka mata generasi muda...membuat kita berfikir....walaupun filem ni dah berusia 23 tahun, kisahnya masih relevan dengan generasi muda sekarang....Cerita pon tak guna...korang turun je Coliseum esok kol 12.00 tengahari!!!

info lanjut sila ke blog brader Pyanhabib

*poster ni pon aku kebas kat situ...jgn marah ye brader Pyan...hehe

Hasutan Pensyarah???

KUALA LUMPUR: Sebelum ini beliau pernah berucap empat kali di Perhimpunan Agung Umno, namun ucapannya semalam menyentap perasaan apabila menyatakan antara sebab golongan muda tidak menyokong kerajaan adalah hasutan secara halus pensyarah di pusat pengajian tinggi.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Katil, Melaka, Datuk Hasnoor Sdg Husin, berkata beliau bukan sengaja membuat dakwaan itu tetapi berdasarkan jawapan pelajar universiti di Melaka sendiri, hasil perjumpaan mereka baru-baru ini.

“Apabila saya tanyakan sebab anak muda tidak menyokong kerajaan, mereka memberitahu peranan dimainkan oleh pensyarah universiti...dia kata dalam pada dia mengajar kita sekali dia sebut inilah kerajaan satu sindiran...seboleh-bolehnya dia hentam macam-macam.

“Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit dia timbulkan rasa benci. Akhirnya bila anak muda ini keluar universiti dalam jiwanya sudah tertanam rasa bencinya pada kerajaan,” katanya ketika membahas usul Ucapan Dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Hasnoor berkata, tidak susah menangani perkara itu daripada terus berleluasa, yakni pemimpin negara perlu menentukan pengurusan tertinggi universiti terdiri daripada orang Umno dan mereka yang sayangkan parti itu sepenuh hati.

“Pada saya bukan susah, tentukan rektornya orang Umno...tentukan dekan fakulti orang Umno, pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi seperti (Datuk Seri) Ibrahim Abu Shah di UiTM (Universiti Teknologi Mara).

*dipetik dari Harian Metro hari ni

haa...cantek...kalau monyet pon bleh jadi Rektor & Dekan asal orang UMNO...tu yang banyak professor kangkung kat IPTA tu...jilat bontot sikit...sokong UMNO terus dapat title professor...dapat jadi dekan...dapat jadi rektor...

kalau arwah A.R Tompel maseh hidup mesti dia sound mamat ni "NO BRAIN!!"

kalau satu universiti sume orang UMNO pelajar-pelajar kita bleh jadi bertambah pandai ke??

universiti ni tempat timba ilmu pengetahuan ke tempat tarbiah fahaman UMNO??

nak jadi pensyarah,dekan atau rektor terletak kepada kebolehan, pengetahuan & pengalaman... bukan political view...

tak kesah ar orang UMNO ke DAP ke MIC ke PAS ke PKR ke...kalau layak jadi rektor atau dekan silakan...didik pelajar-pelajar kita sampai pandai...

Sunday, March 8, 2009

Selamat Hari Rakyat!!!

Hari ini adalah ulangtahun pertama "Tsunami Politik" 8 Mac 2008...Dengan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGKITAN RAKYAT!!!

8 Mac 2008 ialah hari dimana rakyat sedar dari lena yang 50 tahun panjangnya....
8 Mac 2008 ialah hari dimana rakyat menyahut cabaran pemerintah angkuh...
8 Mac 2008 ialah hari dimana rakyat menolak politik rasis dan fasis...
8 Mac 2008 ialah hari dimana rakyat Malaysia bangkit!!!

Tapi kita masih belum berjaya lagi...marilah kita semua rakyat Malaysia seluruh baka bangkit menghapuskan kezaliman dan kekejaman...Marilah kita semua tegakkan keadilan dan kebenaran untuk semua di bumi Malaysia yang tercinta ini...

Sekali lagi...SELAMAT HARI KEBANGKITAN RAKYAT!!!

Saturday, March 7, 2009

Perarakan Mansuhkan PPSMI

Setelah menjadi mangsa tindakan fasis FRU sewaktu perarakan mansuhkan PPSMI, maka hari ini aku mengisytiharkan HARAM bagi anak cucu aku jadi FRU!!! Jadi FRU yang jaga stadium masa lawan bola pon tidak aku izinkan!!! CELAKA PUNYE FRU!!! Dalam masjid pon korang tembak gas pemedih mata...Rejim Zionis pon tak camni!!!

Sekian,terima kasih.

Sunday, March 1, 2009

Malam di Balai Budaya

Selamat malam komrad-komrad sekalian,

Kali ini kita layan pula sajak "Malam di Balai Budaya" nukilan Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang...

Malam itu di Balai Budaya
Api dan air mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
‘Berarak ke parlimen,aku di muka’

Malam itu di Balai Budaya
Seseorang peguam muda* berkata
‘Bakar Perlembagaan 152’

Malam itu di Balai Budaya
Seseorang pemuda berteriak
‘Ayuh mari kita berarak’

Malam itu di Balai Budaya
para pelajar berikrar
‘Dada kami sedia dibakar’

Malam itulah juga
Parlimen jadi petanda
Memenggal leher BAHASA.


(USMAN AWANG 3 Mac 1967)



"Malam di Balai Budaya" merujuk kepada perisitiwa tunjuk perasaan sebelum Perarakan Keranda 152 kerana menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang.

*Peguam muda itu disebut-sebut sebagai Allahyaraham Tun Hussein Onn bapa kepada menteri pendidikan kita yang bengap lagi bacul, Hishammuddin Tun Hussein... kesian...bapak pejuang bahasa anak tukang kasi jahanam...