Entah kenapa seminggu dua ini isu yang paling hangat diperkatan di dada-dada akhbar (baca sini dan sini) adalah isu Mat Rempit...tapi jika ditinjau dikalangan marhaen kolar biru,golongan atasan kolar putih, para pelajar termasuk juga pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung...mereka suma sedang hangat memperkatakan tentang kisah "kejor yeop kejor" di Perak yang masih belum sampai penghujungnya...
Sesetengah pihak berpendapat ini semua usaha media arus perdana yang dikuasai oleh pihak pemerintah untuk memesongkan hamba rakyat dari isu Kerajaan Sah vs Kerajaan Haram di Perak...Utusan Malaysia pula menulis;
"Isu rempit semakin hangat diperkatakan berikutan awal bulan lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi besar-besaran menangani lumba haram secara serentak di ibu negara, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Selangor"
Persoalan kenapa isu rempit ini tiba-tiba timbul kembali tidak penting... Penulis lebih tertarik kepada pandangan Hishammuddin Rais a.k.a Tukar Tiub mengenai isu rempit... Hishammuddin Rais atau Enchik Tukar Tiub adalah seorang "working-class intelectual" yang kerap memberi komentar tentang isu Mat Rempit... Komentar dan pandangan yang diutarakan beliau segar dan bukan sekadar retorik...Hasil daripada kajian sambil lewa penulis, artikel yang bertajuk Mat Rempit dan jalan raya dikenalpasti sebagai komentar pertama enchik Tukar Tiub mengenai isu Mat Rempit...Artikel ini disiarkan di laman Malaysia Today. Selepas itu Enchik Tukar Tiub menulis artikel Mat Rempit Revisited sebagai susulan...Artikel ini disiarkan di ruangan beliau sendiri yang bertajuk saya tak ketagihan kopi yang wujud di laman Ricecooker sebuah laman E-Zine D.I.Y...
Walaupun blog tukar tiub dilancarkan pada tahun lepas (semasa pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh), isu Mat Rempit tidak pernah dikupas secara mendalam di blog Enchik Tukar Tiub sendiri... Akan tetapi ini semua telah menjadi sejarah apabila Enchik Tukar Tiub telah menyiarkan tiga artikel (Satu Pandangan, Mat Rempit Sekali Lagi dan Budaya Merempit)yang mengupas isu Mat Rempit secara mendalam dari perspektif ekonomi dan kemasyarakatan....
Mengikut kata Enchik Tukar Tiub sendiri, beliau pernah menjadi Mat Rempit 30 tahun dahulu sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya...Ini kerana bagi beliau secara istilah Mat Rempit itu adalah anak muda yang bermotor... Enchik Tukar Tiub juga mengambil pendirian untuk bersimpati dengan Mat Rempit yang sering dihukum dan diasak oleh media dan masyarakat... Dari kacamata Enchik Tukar Tiub Mat Rempit adalah "cool" dan merupakan simbol "rebellious youth" dan "counter-culture" yang terdapat di negara kita...
Ini mungkin terjadi kerna Enchik Tukar Tiub terpengaruh dengan lakonan Marlon Brando dalam filem "The Wild One"...Marlon Brando memegang watak Johnny Steibler... ketua kepada gang "bikers" Black Rebels Motorcycle Club...Watak ini telah mengangkat Brando sebagai antara ikon "COOL" sepanjang zaman...dengan dialog agung..."What are you rebelling against??..." ..."What have you got??!!".. Johnny Steibler adalah "The Ultimate Rebel"... Paling tidak pun mungkin Enchik Tukar Tiub berpandangan bahawa Mat Rempit ini seperti watak Azroy lakonan Faizal Hussein dalam filem Gila-gila Remaja...Secara jujurnya tanggapan Enchik Tukar Tiub ini jauh sekali kerana Mat Rempit di Malaysia ini bukanlah seperti Azroy mahupun Johnny Steibler....
(akan bersambung...)