Wednesday, February 25, 2009

Mansuhkan PPSMI!!!

Hari ni aku secara rasminya akan mengisytiharkan perang terhadap PPSMI...minggu ini sampai 7 Mac 2009 aku akan "post" artikel-artikel dan kajian-kajian yang menunjukkan betapa bangangnya polisi PPSMI ini... usaha ini diatas inisiatif aku sendiri bagi menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP)... disamping itu ini adalah usaha utk mencelikkan mata masyarakat sambil menanti kemuncak gerakan mansuhkan PPSMI iaitu himpunan 100 ribu rakyat di Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah PPSMI ini pada 7 Mac 2009!!!tapi jangan ingat habis disitu sahaja...dari masa ke semasa aku akan post lagi artikel2 anti-ppsmi ini sampailah PPSMI ini dimansuhkan!!!

Sebagai langkah pertama kita layan dulu sajak Allahyarham Usman Awang yang bertajuk "Keranda 152"...

Anak Melayu
Panas dadamu membakar baju
Kita arak keranda 152
Ke tanah perkuburannya Parlimen

Sepuluh tanah nafas ini terhenti
Hari ini jangan lagi menyanyi

Sebentar lagi malam akan tiba
Tiap pintu dan jendela sudah dijaga
Bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya

Anak Melayu
Namamu telah diseru
Jawablah
Sebelum lidahmu jadi bisu

Usman Awang (1967)


*Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai kemuncaknya pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh terpenting ialah Usman Awang yang ketika itu menjadi editor majalah DBP ; Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya . Ia merupakan simbolik kepada kematian Bahasa Melayu apabila kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa di bidang kehakiman.

6 comments:

MissZahrah said...

kamu begitu patriotik dan berjiwa rakyat..!sukar utk jumpa anak muda sepeti mu....

GombakRock said...

I'm no patriot...I'm just a malaysian...we are all malaysian...

dukeskywalker said...
This comment has been removed by the author.
dukeskywalker said...

Thanks for enlighten me with this. But its very much debatable. im not totally disagree with PPSMI, but why not change it to PPHGI where History and Geography replacing the Science and Mathematics.

GombakRock said...

memantapkan bahasa kena melalui sastera...masa kita kecik dulu..kita digalakkan baca buku enid blyton n roald dahl,dah tua sket hardy boys n nancy drew pastu baca buku dickens n mark twain...sheakespeare juga digalakkan...baru mantap b.i...korang ingat budak2 skang ni ada masa nak baca enid blyton n roald dahl???haram...kalau dari skolah rendah sains dan maths dlm b.i...keje derang menghafal jelah...pemahaman zero...sains n maths out...b.i pon ntah ke mana..

MissZahrah said...

betul3.....!bm pn xgti bahase lg pulak english...ye dak..??hehehh =)