Sunday, March 1, 2009

Malam di Balai Budaya

Selamat malam komrad-komrad sekalian,

Kali ini kita layan pula sajak "Malam di Balai Budaya" nukilan Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang...

Malam itu di Balai Budaya
Api dan air mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
‘Berarak ke parlimen,aku di muka’

Malam itu di Balai Budaya
Seseorang peguam muda* berkata
‘Bakar Perlembagaan 152’

Malam itu di Balai Budaya
Seseorang pemuda berteriak
‘Ayuh mari kita berarak’

Malam itu di Balai Budaya
para pelajar berikrar
‘Dada kami sedia dibakar’

Malam itulah juga
Parlimen jadi petanda
Memenggal leher BAHASA.


(USMAN AWANG 3 Mac 1967)



"Malam di Balai Budaya" merujuk kepada perisitiwa tunjuk perasaan sebelum Perarakan Keranda 152 kerana menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang.

*Peguam muda itu disebut-sebut sebagai Allahyaraham Tun Hussein Onn bapa kepada menteri pendidikan kita yang bengap lagi bacul, Hishammuddin Tun Hussein... kesian...bapak pejuang bahasa anak tukang kasi jahanam...

3 comments:

vamp said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

TAHUKAH ANDA? dilema pelajar u sekarang? terutama pelajar melayu, anak bangsa kita? dilema mereka, BAHASA INGGERIS! mke dri kecil dgn bhasa ibunda, nak ckp ing. dgn plajar asing pon pk 1000x kebanyakan dan hampir 90% buku rujukan dlm eng. nak buat assgment mengeluh bila dsuruh tulis dlm eng. dlm lecturer, ternganga x paham ape yg lecterur ajar sbb BAHASA penghantaran dlm ENG! tak kan nak biar smpai kiamat malayu mcm ni? bukan blajar dgn ppsmi itu membuat ank jati melayu lupa diri. sejarah dan subjek lain masih dalam bahasa melayu... semua bermula dari rumah. keluarga aku tak pernah mengajar aku untuk menderhaka. < INI CUMA PANDANGAN>

GombakRock said...

saudara "tanpa nama",

saya cukup masak dgn "dilema" pelajar melayu di menara gading.. ini kerana saya merupakan graduan uia yg menggunakan 100% b.i sebagai bahasa pengantar utk semua kuliyyah kecuali kulliyyah ilmu wahyu... boleh kata 75% dari kawan2 saya beranggapan mereka akan lebih cemerlang jika uia menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar...

akan tetapi fokus saya kpd ppsmi ini ialah cara meningkatkan penguasaan b.i dgn mengajar maths dan sains dlm b.i...ni salah sama sekali!!! kajian unesco membuktikan sains dan maths mesti diajar dlm bahasa ibunda bagi memastikan keberkesanan pengajaran...utk meningkatkan bahasa pula harus diajar sastera bahasa tersebut..bukan maths dan sains dlm bahasa itu!!!

saya tak menentang sebarang usaha meningkatkan pengusaan b.i...malah kalau boleh k'jaan harus mempertingkatkan lagi pengusaan b.i dan ditambah dgn bahasa mandarin dan bahasa arab...akan tetapi ppsmi ini hasilnya pengusaan sains dan maths menurun dan penguasaan b.i maseh ditakuk lama...

isu PPSMI menunjukkan derhaka,lupa diri dll tidak timbul sama sekali...