Monday, November 3, 2008

Ketuanan Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hujung minggu lepas terjadinya satu peristiwa yang telah menggongcangkan tiang asas UMNO.. UMNO ialah sebuah parti yang diasaskan untuk menentang penubuhan Malayan Union.. Sebuah parti "elitist" (bangsawan) yang slogan nya ialah "Hidup Melayu"...jadi apabila Zaid Ibrahim, seorang bekas menteri di jabatan perdana menteri dan saya kira maseh seorang ahli umno, berkata "ketuanan melayu adalah satu KONSEP YANG GAGAL".....melatah la "tuan-tuan" UMNO..ini terjadi kerana konsep "ketuanan melayu" ni lah yang menyebabkan UMNO mendominasi tampuk pemerintahan negara selama 50 tahun...selama 50 tahun jugalah mereka merompak dan menjahanamkan negara...

Apa yang zaid ibrahim cakap ni amat tepat...ni kita orang melayu bila ada je isu yg berkaitan dgn "melayu" je mesti melatah..beremosi...kajilah dulu...amati dan fahami...guna akal yang allah kasi tu..."ketuanan melayu" ni konsep yg gagal kerana yg memperoleh faedah dari konsep ni ialah "tuan-tuan" melayu (UMNO)...rakyat marhean hina-dina cam kita ni tak dapat ape-ape faedah pon dari konsep ni...kalau konsep ni berjaya takkanlah dah 44 tahun PKNS beroperasi 75% dari bisnesnya jatuh ke tangan bukan bumiputera(ni satu contoh kecil je)...walaupun aku bukalah penyokong tegar anwar ibrahim tapi aku bersetuju dgn dia dalam isu ini...sepeti kata anwar di ceramah-ceramahnya... "hasil dari ketuanan melayu ini YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA" ....

Tambahan pula sekarang ini musim berkempen pemilihan agung umno...muncullah hero-hero yang meperjuangkan konsep ketuanan melayu ni..hero-hero ni muncul sebab meraka tahu kalau cakap pasal ketuanan melayu, mereka akan diagung-agungkan sebagai pejuang bangsa...tapi hakikatnya "ketuanan melayu" adalah satu retorik politik yang telah merantai rakyat negara ini dari maju kehadapan..

mari kita lihat apa komen balasan para "pejuang bangsa"....mat taib kata "zaid ibrahim tidak memahami konsep ketuanan melayu"....btol tu!!..zaid ibrahim tidak memahami konsep ketuanan melayu sebab dia tak bawak RM2.4 juta ke australia pastu kantoi..nak coverline pastu mengaku tak reti berbahasa inggeris....zaid ibrahim juga tak kawen ngan anak sultan..bila sultan tanya tak mengaku..bacul....

hamid albar pula berkata "zaid ibrahim sepatutnya bersyukur dilahirkan sebagai orang melayu"....ni lagi satu..bukan ke konon-konon nya "syed" tu keturunan nabi muhammad...tapi cakap macam orang takde agama...kita patut bersyukur yang kita ni hidup, bernafas dan bernyawa...tak kesah la kita ni hidup sebagai melayu ke cina ke atau india... warna kulit dan bangsa ni ujian dari allah...malu btol la ada pak menteri camni...

shahidan kassim pula berkata "zaid ibrahim perlu keluar dari rumpun melayu"...ni aku malas nak komen sebab kenyataan ini maha bodoh...kalau aku komen hanya akan merendahkan tahap keintelektuan aku je...

kalau komrad sume perasan para pejuang yang disebut diatas sume masih terumbang-ambing dalam pencalonan...shahidan dah tarik diri siap...dah takde orang nak calonkan dia...saya harap komrad sume sedar dan tidak termakan dengan retorik politik yang maha busuk ini!!

No comments: