Tuesday, February 17, 2009

Kenapa perlu letak jawatan??

Setelah kecoh semalam yang foto dan klip video bogel Elizabeth Wong (Adun Bukit lanjan dan Exco Selangor) telah tersebar, beberapa pihak telah mula melatah meminta beliau meletakkan jawatan.. Kenapa beliau perlu letak jawatan..beliau adalah mangsa...gambar2 tu diambil tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau...tetapi atas rasa tanggungjawab Elizabeth Wong sendiri secara sukarela menawarkan untuk meletak jawatan.

Mari kita lihat reaksi ahli-ahli politik kita:

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

"Ini adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, apabila perkara yang sama berlaku kepada Dr Chua, pemimpin Pakatan Rakyat mendesaknya supaya meletak jawatan.

"Sekarang mengapa tidak (Elizabeth letak jawatan). Jangan dwi-standard. (Bila) berlaku pada orang tak boleh... (tapi) pada kita tak apa," katanya lagi.

aduhai datuk seri...chua soi lek tu lain dia dah ade bini pastu pegi romen ngan orang lain...orang puteh panggil "extra-maritial affair"...kes elizabeth wong ni lain...dia tgh tido ade org amek gambar... lagipon dia bujang...bukan Islam...tu hak peribadi dia...dia tak langgar mana-mana undang-undang.

Ibarat camnila datuk...datuk tengah berak satgi ada orang amik gambar datuk pastu sebarkan... kena letak jawatan ke camtu??gambar bogel tu...haha

Dr Mohd Khir mendesak supaya Elizabeth meletak jawatan "secepat yang boleh".

Dengan berbuat demikian, katanya, ia akan dapat membersihkan nama PKR.
"Jika tidak, ia adalah parti yang tak ada moral," katanya.

ala datuk, kalau rasuah tu bermoral ke?...bagi projek2 kat kaum-kerabat tu moral yang baik?rompak tanah sana-sini tu bermoral?...rembat duit orang miskin tu moral celah mana?...ni sume kerja parti datuk yang sangat "bermoral"...


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tindakan Elizabeth Wong menawarkan untuk meletak jawatan exco kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya, bukan sesuatu yang mengejutkan.

Ni satu lagi "bijak"...Ibarat camnila datuk...datuk tengah mandi satgi ada orang amik gambar datuk pastu sebarkan... kena letak jawatan ke camtu??gambar bogel tu...

"Tindakan itu wajar kerana apa yang berlaku melibatkan maruah seseorang pemimpin."

Maruah...emmm...kalau rasuah tu bermaruah ke?...bagi projek2 kat kaum-kerabat tu bermaruah?rompak tanah sana-sini tu bermaruah jens ape?...rembat duit orang miskin tu bermaruah celah mana?...ni sume kerja parti datuk yang sangat "bermaruah"...

"Tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini."

aduh..letih ar aku nak terangkan kat kau...camni la datuk..datuk tgh amik pahala sunat malam jumaat dengan bini datuk satgi ade orang amek gambar tanpa kebenaran dan pengetahuan datuk...pastu sebarkan dan cakap ia sebagai "aksi seks Ali Rustam"...wajar ke camtu...

bila datuk menggunakan perkataan "bergambar bogel"...ini telah memberi konotasi yang elizabeth wong buat begitu secara sukarela...walhal gambar tersebut diambil tanpa kebenaran dan pengetahuan beliau...paham??

Apa kata Wanita MCA:

Walaupun kedua-duanya dilabel musuh politik, Wanita MCA turut berdiri di belakang wakil rakyat PKR Elizabeth Wong sewaktu exco Selangor itu dilanda kontroversi berhubung penyebaran foto bogel.

Selain menyatakan simpatinya, ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata mereka berang dengan tindakan memalukan pihak-pihak itu yang dianggapnya menjadikan wanita sebagai objek seks.

"Ia suatu pencerobohan ruang peribadi wanita dan juga eksploitasi terhadap mereka untuk tujuan politik," katanya dalam satu kenyataan.

Chew menambah, penyebaran foto-foto bogel bercanggahan dengan undang-undang pencegahan pornografi seperti termaktub dalam Kanun Keseksaan.

Camnilah berpolitik yang matang...syabas wanita MCA...

Jika moral dan maruah begitu dititikberatkan...kenapa tiada sebarang desakan dari UMNO supaya Timbalan Presiden UMNO sendiri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri untuk membersihkan nama dan mempertahahankan "moral" serta "maruah" beliau yang dipersoalkan apabila beliau dikaitkan dan dituduh terlibat dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia?

*kenyataan Khir Toyo,Ali Rustam dan Chew Mei Fun dipetik dari Malaysiakini.

2 comments:

MissZahrah said...

setuju dgn yg ini...

MissZahrah said...

kenyataan khir toyo yg pling tdk ku gemar skali.....kerana bkn kehendaknya...daku pasti ada agenda disebalik kejadian ini...agenda utk menjaga kepentingan "pihak2" tertentu....