Tahun baru 1430 dan 2009 ni bermula dgn sungguh gembira buatku... Merah Kuning chenta sepanjang hayatku telah membelasah Kedah 1-4 di Alor Setar... setelah kecewa kalah 4 game berturut2 ngan kedah musim lepas (3 game aku tgk kat stadium!!) akhirnya terubat sket ar luka yang hampir2 menjadi kanser di hati nih...dengan membelasah kedah 1-4 adakah ini bermaksud Selangor akan menyapu bersih ketiga-tiga piala musim ni???Adakah 2009 tahun kebangkitan buat Gergasi Merah???persoalan ni sume blom bole dijawab sebab baru satu game brader...jangan ar syok sendiri....tapi pape hal pon kedah tetap kena belasah 1-4 kat darul aman...walaupun aku seorang die-hard selangor, aku terpaksa akui persembahan kedua-dua pasukan semalam tidak membanggakan...tahan bola pon kadang-kadang kantoi...kedah dan selangor macam takde "game"...baru pasing 3-4 kali dah abes...mungkin btol kata umum...ni liga syok sendiri...
Mesti mereka yang masih lagi sayang kepada liga kita tertanya-nya bagaimana Selangor boleh mengatasi Kedah di darul aman??apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan Kedah? Pertama sekali sebagai peminat bola yang objektif aku terpaksa akui yang Selangor tidaklah bermain dengan cemerlang sekali...cuma kedah yang beraksi dengan teruk...tambahan pula kesilapan penjaga gol yang memberi gol kedua kepada selangor menyukarkan lagi pasukan kedah untuk menyamakan kedudukan...Selangor mungkin agak bagus dari segi disiplin taktikal nya dan tidak mensia-siakan peluang...itu sahaja...
Hakikatnya ketiadaan import memang melemahkan kedah...nelson.hugging dan marlon adalah tulang belakang pasukan kedah yang rata-ratanya dibarisi pemain muda...ini kesilapan pengurusan kedah juga...selepas mengetahui bahawa liga M 2009 akan dibarisi 100% pemain tempatan,sepatutnya pengurusan kedah cuba untuk mengikat 2-3 pemain kebangsaan yang berpengalaman...itu yang dilakukan oleh pengurusan selangor untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain import mereka...paling tidak kedah seharusnya mengikat seorang penyerang berstatus "bintang" kerana sepanjang 2 musim bersama dengan kedah, marlon alex james telah menjaringkan lebih kurang 90 biji gol untuk hijau kuning...ketiadaannya memang terasa dan sewaktu menetang selangor penyudah kedah amat tumpul...
adalah bagus untuk mana-mana pasukan memberi kepercayaan kepada pemain muda... tetapi pasukan yang mantap adalah hasil daripada gabungan pengalaman "orang lama" dan kesungguhan pemain muda...bagi saya selepas 2 musim berturut membuat treble kedah perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan ketiadaan pemain import mereka... walaupun saya seorang "die-hard" selangor, tetapi saya terpaksa akui bahawa victor andrag,hugging,nelson dan marlon adalah pemain terbaik untuk posisi mereka sepanjang 2 musim ini...nelson merupakan arkitek untuk treble treble kedah...segala gerak bermula dari dia... penyudah marlon memang tajam... 2 orang pemain memang tak mampu mengekang dia... bagi saya formasi kedah lebih kepada 4-3-3...marlon adalah lone striker yang diapit oleh 2 orang forward...formasi ini memang membawa kejayaan yang gilang gemilang kepada kedah... tetapi semalam kedah bermain dengan formasi 4-4-2...mungkin perubahan ini yang melemahkan kedah...
berbalik kepada pasukan selangor...menamakan amri sebagai kapten adalah satu alangkah yang amat bijak dari pasukan selangor...hasil nya dapat dilihat apabila amri beraksi dangan amat matang dan kurang "gentel"...sikap panas baran amri pun macam sudah dapat dikawal... persembahan pertahanan selangor yang dikemudi oleh khairul anuar baharom @ acong memang mantap...pasukan selangor ini amat berlainan dengan pasukan kedah...setiap bahagian diketuai oleh seorang pemain berpengalaman...ini tidak bermaksud selangor tiada pemain muda produk sendiri...amirulhadi,nasriq baharom dan razman roslan membuktikan bahawa anak selangor mampu menyahut cabaran...ketiga-tiga pemain ini mula menempa nama sewaktu musim 2007 dimana selangor bermain tanpa pemain import...amri,d.surendran dan p.gunalan merupakan tiga pemain yang menyarung jersi merah kuning di usia yang agak muda...kini menjadi "orang lama" dipasukan selangor...ketiga-tiga pemain ini secara puratanya telah bemain untuk selangor selama 8 musim...ditambah lagi dengan kehadiran acong,hamsani,hardi dan nantha adunan ini cukup mantap...selangor juga tidak mempunyai masalah menjaringkan gol kerana mempunyai safee sali sebagai penyerang...safee yang merupakan penyerang kebangsaan adalah penjaring gol terbanyak dikalangan pemain tempatan musim lepas...
apabila f.a.m mengumumkan bahawa tiada aksi pemain import di musim 2009...kelebihan memang terletak kpd selangor...ini kerana musim lepas pemain import selangor kurang cemerlang...musim 2007 pula selangor bermain tanpa pemain import...jadi boleh dikata selangor boleh dan mampu beraksi tanpa kehadiran pemain import...walaupun pada musim 2007 selangor hanya mampu menghuni tangga ke-8 liga siapa sangka ada hikmah disebalik itu... hasilnya musim 2007 telah mematangkan pemain-pemain anak selangor seperti amri,d.suren dan guna serta menggilap bakat-bakat muda seperti amirulhadi,nasriq dan razman... moga-moga pasukan selangor dapat meneruskan kecemerlangan, mengekalkan prestasi dan berjaya memikat kembali peminat ke stadium shah alam sekaligus membuktikan 2009 adalah tahun KEBANGKITAN!!!

3 comments:
ahhh...ko jgn macam2...ko ingat s'gor bleh pegi jauh? lepas kehadiran hardy ko kompom akan menangis hiba...mungkin gembira satu dua game...
ko tak tau ke perak skang main samba...nasib sambagamaran takde...
~peminat perak...ahhh...ko tau aku sapa~
eleh kalau berani kasi letak nama ar... ni main letak anonymous... tapi aku bukan nak cakap apa ar... setelah 2 game aku tgk pemain muda perak agak bagus ar...nanti bila perak bole bayar gaji balik...pastu star2 dulu main perak balik ngan budak2 muda ni pasti perak power... tapi yg aku tak paham kenapa la perak pegi amek megat caples tu jadi keeper???megat tu byk jadi punca kekalahan selangor sepanjang menyarung jersi merah kuning...
Haha.. hardijakpa.. seba veron tuuuhh...
ok la, point ko berasas gak la..
tapi NELSON mmg tetap gempak ar, cuma tula, kedah mmg dpends on them..
Post a Comment