Monday, October 20, 2008

Kisah Pemilihan Agung MCA 2008

Salam sejahtera komrad sekalian...

pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kpd Dr.Ng Yen Yen kerna berjaya menjadi wanita pertama memenangi kerusi naib presiden MCA...ini kali pertama seorang wanita berbuat demikian dlm parti MCA (rasa-rasanya dalam sejarah politik Malaysia ini pertama kali kot)... dengan kemenangan ini sekurang-kurangnya "girl power" dapat bernafas kembali di politik Malaysia...

sejak Kak Pidah dan Kak Jat kena lipat masa PRU 2008..."girl power" dalam politik malaysia macam dah nazak...nyawa-nyawa ikan...kemenangan dr.ng yen yen harap-harapnya dapat mengembalikan "keseimbangan"... keseimbangan itu penting...kalau tengok filem star wars..Yoda selalu sebut "balance in the force"...dan sepatutnya anakin skywalker membawa "balance to the force"...tapi akhirnya dia jadi sith lord..kita tak boleh marah anakin..sebab kalau dia tak jadi darth vader..tak wujudlah filem-filem star wars...(kita bincang pasal star wars di entri yang lain...dah nak terbabas dah ni... : )

mesti ada keseimbangan dalam politik...antara parti pemerintah dan parti oposisi...antara suara wanita dan lelaki dalam parlimen...antara kaum muda dan kaum tua...

berbalik semula kepada pemilihan agung MCA 2008...seperti yang saya jangka..chua soi lek juga menang kerusi timbalan presiden (sila lihat entri "towering malaysia-dr chan chew lun)... kenapa dia boleh menang..sebab dia "powerman" hahaha...gelak pon gelak jugak..sekarang soi lek "powerman" dah jadi orang no.2 dlm MCA...dan tahniah juga kepada tee keat sebab dapat kerusi nombor 1...tapi rasa-rasanya tiada apa kesan besar kat politik malaysia kot..sebab parti-parti berdasarkan kaum di Malaysia ni ibarat "kubur kata mari..rumah kata pergi"... saya rasa kalau tee keat betul-betul nak menyumbang kepada kepentingan nasional..bubar jelah MCA tu... ini kerana kita tak perlukan pemimpin "orang melayu" , pemimpin "orang cina" ,"pemimpin "orang india"... KITA PERLUKAN PEMIMPIN "ORANG MALAYSIA"...

lalu ka ting pon berkata..."umno is too dominant"...wah....dah pencen baru datang semangat bertarung???..tak takut hisham tun hussein hunus keris ke...memang umno terlalu dominan... sume kena ikut cakap depa...Tsunami PRU 2008 sebab semangat "A.B.U"-"Asal Bukan Umno"... MCA hilang undi Cina sebab bersekongkol ngan UMNO...yelah..bila orang cina bersuara sket.. keris dihunus..dahlah pegang keris pon tak betul...sekali aku lipat berterabur tulang rusuk.. takleh nak bawak bincang langsung...orang cina ni dah lama kena "kencing" ngan umno...dengan orang melayu dia cakap "jangan sokong Pakatan...sebab ada D.A.P...derang tu anti-islam dan anti-melayu"... kat orang cina dia kata "jangan sokong Pakatan..sebab ada PAS...nanti derang menang...derang buat Hudud..habislah sume orang cina...habis sume kena potong tangan nanti..."
inilah kenyataan yang maha rasis dan merupakan satu penghinaan yang amat besar kepada kaum tionghua di negara kita...kalau aku berbangsa cina dan ade orang umno cakap camni depan aku..aku tumbuk muka dia sampai beratur gigi masuk perut...kenapa orang cina nak takut hukum hudud...kenapa nak takut kena potong tangan.. orang cina ni sume pencuri ke??...kepada komrad-komrad sume..renung-renungkanlah..selamat

No comments: